Seorang gelandangan bernama Ali Olakunmi kini menjadi viral di media sosial gara gara kisah hidupnya yang juga mengujakan.

Ali bukan siapa siapa. Dia hanya seorang gelandangan yang berasal dari Osun, Nigeria. Nasib Ali berubah selepas seorang pengarah kreatif, Afolabi terpandang kelibatnya yang sedang tidur di bawah jambatan.

Menurut laporan media antarabangsa termasuk Audacy.com, Afolabi saat itu terdesak mencari sosok yang sesuai menjadi model selepas model asalnya hadir lewat ke sesi penggambaran seperti yang dijanjikan.

Menilai gelandangan tersebut memiliki ciri ciri seorang model termasuk bentuk muka dan tubuh yang sesuai, Afolabi pun meminta Ali mencuba pakaian yang dibawa dan merakamkan aksinya di sekitar jambatan.

"Saya ada sesi pemotretan di Ikeja dan model tidak juga hadir. Jadi kami memutuskan untuk menyapa seorang gelandangan yang sedang tidur di bawah jambatan untuk menjadi model kami.

"Saya percaya dia dilahirkan untuk ini (menjadi model). Pose, struktur tubuh dan warna kulitnya sempurna!," tulis Afolabi dalam cuitan di Twitternya.



Selepas pertama kali menjadi bidang terjun dalam bidang peragaan, rezeki Ali terus murah. Padahal, selesai 'tugasan pertama' tersebut, Ali telah kembali ke bawah jambatan menjadi gelandangan dan tidur di tempat biasa.

Namun tanpa disangka, banyak agensi peragaan menghubungi Afolabi untuk mendapatkan khidmat Ali selepas cuitannya di Twitter menjadi viral.

Ali malah telah memiliki akaun Twiteter. Pada 5 April lalu, dia memperkenalkan dirinya dalam media sosial.

"Nama saya Ali. Saya dilahirkan menjadi hebat," tulisnya bersama dua keping foto dari hasil pemotretan yang dijalankan bersama Afolabi.

Dari bukan sesiapa, dia kini memiliki lebih 3 ribu pengikut dan kini diketahui sudah mempunyai pihak pengurusan yang menguruskan kerjaya baharunya ini.

Bersama itu juga, Ali menyertakan bukti bagaimanan hidupnya sebagai seorang gelandangan yang hanya tidur di bawah jambatan kini berubah menjadi buruan banyak jenama dunia.

Setakat artikel ini ditulis, Ali diketahui sudah menjadi salah seorang model di Lagos, Nigeria.