Penyanyi antarabangsa Halsey menjadi sorotan netizen apabila berkongsi foto penggambaran untuk album terbaharunya di Instagram.

Lainnya kali ini, Halsey tanpa segan silu menayangkan buah dadanya untuk kulit album akan datang.

Dalam foto berkonsep yang dikongsikan, Halsey sedang duduk di kerusi sambil memangku seorang bayi. Dia dilihat memakai gaun tidak menutup dada dan mahkota di kepala.

Menerangkan tentang konsep tersebut, Halsey memberitahu ia berkisar kehidupan wanita yang melalui fasa bergelar ibu.

"Konsep album ini tentang kenikmatan dan ketakukan ketika hamil dan bersalin. Ia penting untuk saya menyampaikan cerita mengenai perjalanan saya beberapa bulan lalu," katanya.

Selain itu, foto berkenaan turut bertujuan untuk meraikan perubahan tubuh badan wanita selepas bersalin.

"Ia turut meraikan badan ketika hamil dan selepas bersalin yang sangat menawan, ia patut dihargai.

"Kita melalui tempoh yang panjang untuk berdepan dengan stigma tentang perubahan bentuk badan dan breastfeeding," tambahnya.



Album keempat Halsey bertajuk 'If I Cant Have Love, I Want Power' itu akan dilancarkan pada 27 Ogos 2021.

Difahamkan, penggambaran terbabit dijalankan di Met Museum, New York, Amerika Syarikat dan dibidik oleh Lucas Garrido.

Kredit foto: IG Halsey