Bukan sahaja pantas menghulurkan bantuan pada orang yang memerlukan, pendakwah bebas ustaz Ebit Lew turut turun padang bagi membantu haiwan-haiwan yang berada di Zoo Negara.
Menerusi laman sosial Facebook, Ebit berkongsi beberapa keping foto menghulurkan bantuan berbentuk makanan untuk haiwan-haiwan di zoo tersebut.
“Sayu rasa hati bila dapat permintaan dari Zoo Negara untuk selamatkan haiwan di sana. Perbelanjaan mereka RM1 juta sebulan hanya untuk makanan dan penyelenggaraan zoo.
“Sekarang dah banyak bulan tiada langsung pendapatan semenjak awal PKP. Mereka sangat kekurangan dana. Saya tahu tengah hari tadi. Petang ni terus bawa 200kg daging lembu dan 500kg buahan dan sayuran.
“Dulu saya sampai sini masa darjah 1. Selalu juga bawa anak-anak. Kenalkan pada anak haiwan di sini,” tulis Ebit menerusi ruangan kapsyen.
Tambah Ebit lagi, zoo tersebut diuruskan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Malah, sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan berbentuk dana atau makanan sangat dialu-alukan dan boleh menghubungi pihak zoo.
Melalui perkongsian itu lagi, Ebit dilihat menghantar pelbagai jenis makanan seperti daging dan buah-buahan menggunakan lori untuk diserahkan kepada pihak berwajib.
Selain itu, Ebit turut meluangkan masa memberi makanan dan melawat haiwan-haiwan yang ada di dalam zoo tersebut.
Meninjau ke ruangan komen, tindakan Ebit yang pantas menghulurkan bantuan kepada haiwan yang memerlukan itu mengundang rasa sebak wargamaya.
Ramai yang memberikan pujian dan kata-kata positif agar Ebit tidak putus asa menghulurkan bantuan pada sesiapa yang memerlukan.
“Aku tak tahu nak kata apa dah. Sampai zoo pun ustaz Ebit Lew pi beri bantuan, memang ustaz Ebit insan pilihan Allah,” komen seorang wargamaya.
“Kemuliaan hati ustaz akan di doa oleh haiwan-haiwan yang berada di zoo kerana ustaz tak terlepas pandang akan kebajikan buat mereka. Doa haiwan-haiwan tiada hijabnya,” kata seorang wargamaya.
“Terbaiklah UEL ni. Bukan orang susah je diberi pertolongan, malah binatang makhluk ciptaan Allah ni pun diberi pertolongan. Moga UEL sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki,” puji seorang wargamaya.
“Kadang kesian kat ustaz. Semua tolak kat ustaz . Macam negara ni dah takda kerajaan rasanya. Semoga Allah SWT membalas segalanya, amin,” luah seorang wargamaya.
“Betul. Tengok keadaan haiwan di Zoo Negara agak daif sekarang ni. Kalau la takde diambil panda kan rasanya memadai belanja untuk haiwan-haiwan lain Apa pun tahniah ustaz,” cadang seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, hantaran tersebut telah menerima hampir 70,000 tanda suka dan 7,000 perkongsian di laman Facebook.
Azwa Rahman
Sun Nov 15 2020
Lagi Pendedahan! Kali Ini Sarah Yasmine Kongsi Rakaman Suara Lelaki Didakwa Caprice?
Panas! Lagi pendedahan Sarah.
Chacha Maembong Confront Ruhainies, Nafi Bawa Mulut Fasal Bella Astillah! - "Kami Tak Rapat Pun, Itu Semua Tak Betul"
Pelakon Chacha Maembong pula tampil menafikan dirinya terbabit dalam kemelut membabitkan Ruhanies, Aliff Aziz dan Bella Astillah seperti dalam paparan skrin perbualan WhatsApp yang tular sejak malam Rabu.
Filem SHERIFF Dengan Kutipan RM100 Juta? Zul Ariffin Buka Rahsia Hampir… | GMW Highlights
Siapa dah tengok filem SHERIFF? Kalau belum, korang memang rugi sebab filem ni memang terbaik! Dengar apa yang Zul share ni!
GMW Highlights
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#GMWHighlights
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
GMW Highlights
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#GMWHighlights
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
The Hardest Singing Show Bakal Cabar Kreativiti ‘Shownmanship’ Peserta!
Astro mempersembahkan program realiti terbaharu, 'The Hardest Singing Show', sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan 'showmanship' sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan.
Tiada Niat Kutuk Bella Astillah, Emma Maembong Akui Silap Tanya Ruhainies - “Saya Minta Maaf Sebab Jadi Kepochi”
Emma akui kesilapannya.
Sarah Yasmine Spill The Tea Lagi, Kongsi Mesej Romantis, Komplot Aliff Aziz & Ruhainies Nak Jatuhkan Bella Astillah?
Sekali lagi wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine menarik perhatian netizen di laman sosial apabila mendedahkan paparan skrin perbualan antara ‘NRF’ dipercayai aktres Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz.
Viral Di TikTok, Hazrat Muaz Disambar Jadi Pelakon & Pengacara! - "Mulanya Saya Buat Suka-Suka Je"
Hazrat Muaz terima tawaran berlakon dan mengacara.
Nadeera Lantunkan Lagu 'Udara', OST Drama Bersiri Framed Lakonan Meerqeen & Mimi Lana
Juara Big Stage musim kelima, Nadeera Zaini tampil dengan single terbaharu berjudul Udara yang menjadi runut bunyi drama bersiri Framed, lakonan hebat Meerqeen dan Mimi Lana.
“Kalau Ada Jodoh Dengan Zul Ariffin Ada, Kalau Tiada Maka Tidak Ada” - Gayatri
Penerbit filem terkemuka tanah air, Gayatri Su-Lin Pillai masih tidak mengesahkan khabar angin bahawa dia adalah wanita yang disebut-sebut bakal menjadi isteri aktor popular, Zul Ariffin. Ketika ditemui Gempak, Gayatri masih merahsiakan status sebenar hubungannya bersama Zul. Menurut Gayatri, dirinya lebih selesa untuk berdiam diri dan berpegan
Tak Sangka Jadi Viral Hiburkan Geng Traffic Jammed, Aishah Terkejut - “Siap Ada Yang Pusing Balik Nak Tengok”
Siap ada yang pusing balik tau.