Viral
"Daripada Mental Layan Orang Bodoh, Baik Buat Kerja" - Digelar Haneesya Hitam Pula, Netizen Bikin Empunya Diri Amuk
Isu warna kulit pelakon dan model Haneesya Hanee masih belum reda.
Terbaharu, seorang pengguna di Twitter menggelarkan bekas peserta Dewi Remaja 2018/2019 Haneesya Hitam hingga menimbulkan rasa kurang senang empunya diri.
Bertindak memuat naik foto dan kenyataan individu terbabit, tindakan Haneesya bagaimanapun dikecam warganet.
Malah, sikap sedemikian dianggap netizen kurang profesional terutama bagi seorang artis yang baru dinobatkan sebagai Artis Baharu Wanita Popular hujung minggu lalu.I’m not gonna say anything I’m just gonna leave it here. pic.twitter.com/x9jNH6h4NQ— HaneesyaHanee (@HaneesyaHanee) September 25, 2019
Haneesya tidak berdiam diri, setiap kutukan dibalas malah pelakon Cik Reen Encik Ngok Ngek itu menjelaskan dirinya sudah penat melayan kisah sedemikian.
"Sejujurnya saya sudah penat apabila orang bercakap mengenai kulit gelap. Orang ramai tidak akan faham pun.
"Daripada aku mental layan orang bodoh baik aku buat kerja aku.
"Kepada sesiapa yang berdepan waktu-waktu sukar, anda boleh menghantarkan mesej kepada saya. Saya akan cuba membalasnya," kata Haneesya.
Haneesya juga memuat naik foto menyatakan bahawa media sosial boleh menjejaskan kesihatan mental seseorang.Tbh I’m tired of talking about dark skin already. People wouldn’t get it anyway. Daripada Aku mental layan org bodoh baik Aku buat kerja Aku. To anyone who’s having a hard time yall can dm me okay! I’ll try my best to reply asap❤️ yall brownies be strong okay? pic.twitter.com/tkaf9mNEk6— HaneesyaHanee (@HaneesyaHanee) September 25, 2019
Terdahulu, Haneesya pernah memuat naik kenyataan bahawa dia berbangga memiliki warna kulit yang gelap biarpun sering diperlekehkan.
Hingga ada yang menggelarkannya sebagai Rihanna Malaya.
Must-Watch Video