,
Laman Utama

“Daripada Nabil Bertukar Remy Ishak” - Penampilan Latif Romly Pada Paralimpik Rio & Tokyo Terima Pujian Ramai

Azwa Rahman
05/09/2021
13:40 MYT
Selepas kejayaannya meraih pingat emas ketiga buat kontinjen Malaysia, jaguh lompat tinggi para negara Abdul Latif Romly terus mendapat perhatian wargamaya kerana perubahan wajahnya yang semakin kacak.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna membuat perbandingan foto sewaktu Latif, 24, bertanding di sukan Paralimpik Rio 2016 ketika dia berusia 19 tahun dan wajah terkini di Paralimpik Tokyo 2020.
Selain perubahan wajahnya yang cukup ketara, ada yang turut menyamakan penampilan Latif kini mirip aktor kacak Remy Ishak.
From this (2016) To this (2021) pic.twitter.com/xWICYEreym— Aina Athira (@AinaAthira_) September 4, 2021 Latif merupakan pemegang rekod dunia lompat jauh kategori T20 lelaki (masalah pembelajaran) dengan catatan sejauh 7.64m di Sukan Para Asia Jakarta 2018 dan 7.60m untuk rekod Paralimpik.
Memetik laporan majalah EH!, Latif mengalami ketidakmampuan intelektual dan menghadapi kesukaran dalam pembelajaran sehingga pernah ditempatkan di kelas khas.
Menurut Latif, pada usia 15 tahun baru dia boleh membaca dan menulis walaupun tidak selancar dan sepantas pelajar lain.
Walaupun begitu, Latif menjadi kegemaran guru-guru di sekolah kerana dia seorang yang aktif bersukan dan sentiasa menjadi harapan sekolah untuk membawa pulang pingat.
Sementara itu di ruangan balas, ramai wargamaya teruja melihat perubahan wajah dan tubuh anak kelahiran Kangar, Perlis itu yang semakin berotot. Hal ini jelas menunjukkan penat lelah latihan selama bertahun membuahkan hasil. M
Yang tahun 2021 tu remy ishak ke?????” tanya seorang wargamaya.
Glow up padu dah macam Remy Ishak!” kata seorang wargamaya.
2016 Latif Romly, 2021 Remy Ishak,” tulis seorang wargamaya.
His face structure giving me pahlawan melayu kinda vibes, i need pictures of him in baju melayu and tanjak while holding a keris,” ujar seorang wargamaya.
Wehhhh ni dari Nabil ke Remy Ishak, serius!” kata seorang wargamaya.
Omg Remy Ishak dah taken, datang pulak pengganti,” usik seorang wargamaya lagi.
BACA: Walaupun Cedera, Latif Romly ‘Terbang’ Rangkul Emas Ketiga Buat Malaysia!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Paralimpik Paris 2024: Datuk Latif Romly Bawa Pulang Pingat Perak

gempak
08/09/2024
00:02 MYT
Hasrat untuk melihat atlet olahraga para negara, Datuk Abdul Latif Romly untuk terus 'terbang tinggi' mempertahankan pingat emas dalam saingan lompat jauh T20 (kecacatan intelektual) di Sukan Paralimpik Paris 2024 tidak kesampaian apabila dia hanya memperoleh perak sebentar tadi.
Hiburan

Paralimpik Olimpik 2024: Nabil, Azad & Radin Taja Percutian Khas Cheah Liek Hou Sempena Kemenangan Pingat Emas

gempak
04/09/2024
08:10 MYT
Penyampai 3 Pagi Era, Nabil, Azad dan Radin berbesar hati menaja percutian khas selama tiga hari dua malam kepada pemenang pingat emas Paralimpik Olimpik Paris 2024, Cheah Liek Hou selepas berjaya menumpaskan lawannya dari Indonesia.
Hiburan

Nabil Ahmad Teruja Jadi Anggota APMM Sertai Perbarisan Hari Kebangsaan ke 67 di Putrajaya

gempak
30/08/2024
09:55 MYT
Penyampai 3 Pagi ERA Nabil Ahmad akui teruja dan tidak menyangka dapat sertai perbarisan hari kebangsaan bersama APMM.
Hiburan

Remy Ishak Dapat Datuk, Ashraf Muslim Terima Pingat

gempak
25/08/2024
11:21 MYT
Pelakon Remy Ishak bergelar Datuk selepas menerima darjah kebesaran Pangkuan Seri Melaka (DPSM) dalam istiadat pengurniaan darjah kebesaran telah dijalankan di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh pada Sabtu.
Viral

Guna 'Kabel' Hingga Dapat Bergambar Bersama Lee Zii Jia, Nabil Ahmad Gembira Dapat Sambut Champions Pulang

gempak
07/08/2024
12:25 MYT
Penyampai ERA, Nabil Ahmad meluahkan rasa teruja apabila hadir menyambut kepulangan wira-wira badminton negara, Lee Zii Jia dan pasangan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi Rabu.