,
Berita

Datang Dari Taiwan, Pengarah Filem The Garden of Evening Mists Suka Makan Nasi Kerabu

ZULHILMI JALIL
22/01/2020
23:45 MYT
Pengarah filem The Garden of Evening Mists, Tom Shu Yu Lin memberitahu bahawa peluang mengarahkan naskhah tersebut memberikan satu pengalaman yang cukup bermakna buatnya.
Ini kerana, pengarah kelahiran Taiwan itu berkata, ia merupakan sebuah naskhah yang menuntutnya berada di Malaysia sepenuhnya sepanjang penggambaran.
BACA:"Ini Kali Pertama Saya Jalani Penggambaran Di Malaysia" - Pengarah Filem The Garden Of Evening Mists Kongsi Rasa Teruja
Secara tidak langsung, katanya, dia mula suka dengan banyak perkara mengenai Malaysia yang disifatkan sebagai sebuah negara majmuk yang menarik untuk diterokai.
Antara yang mencuri perhatiannya termasuklah makanan tradisi masyarakat Kelantan.
"Apa yang saya suka mengenai Malaysia ialah kepelbagaian juadah makanan yang ada. Saya rasa semua orang pun akan bercakap pasal makanan di sini.
"Makanan yang menjadi kegemaran saya ialah hidangan nasi kerabu," kata Tom kepada Gempak.
Selain makanan, katanya, dia mula suka dengan cuaca di Malaysia yang memudahkan dirinya untuk memakai pakaian ringkas ketika melakukan aktiviti di luar.
"Di sini cuacanya panas. Walaupun perlu bekerja dibawah cahaya matahari, tetapi saya mula sukakannya kerana saya boleh keluar dengan memakai seluar pendek pada bila-bila masa sahaja," katanya.
Tom menghabiskan masa selama 49 hari di tiga buah negeri bagi menjayakan filem yang diterbitkan oleh Astro Shaw dan HBO Asia itu.
BACA: 5 Lokasi Menarik Di Malaysia Yang Dipaparkan Dalam Filem The Garden of Evening Mists
Filem The Garden of Evening Mists menampilkan pelakon tempatan Sinje Lee bergandingan dengan aktor Jepun Hiroshi Abe.
Ia merupakan sebuah karya yang memaparkan latar masa sewaktu zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu.
BACA: "Saya Menangis Empat Kali" - Penonton Tak Sanggup Tengok Babak Kejam
Filem yang mendapat sembilan pencalonan di Anugerah Golden Horse ke-56 itu sudah mula ditayangkan sejak 16 Januari lalu.
Justeru, bagi mereka yang belum menontonnya, jangan lupa saksikan filem The Garden of Evening Mists di pawagam berhampiran anda.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

#FFM31: Filem The Garden Of Evening Mists Berjaya Rangkul Tiga Anugerah

gempak
11/12/2021
03:52 MYT
Tahniah kepada semua pemenang.
Laman Utama

Filem The Garden Of Evening Mists Akan Ditayangkan Di Jepun Julai Ini

gempak
23/06/2021
06:02 MYT
Filem terbitan Astro Shaw dan HBO Asia dengan sokongan dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan dengan Kerjasama dari CJ Entertainment, The Garden of Evening Mists (TGOEM) bakal ditayangkan di Shibuya Euro Space, Jepun bermula 24 Julai.
Laman Utama

The Garden Of Evening Mists & Pusaka Berjaya Disenarai Pendek Dalam Asian Academy Creative Awards

gempak
15/10/2020
13:47 MYT
Berita

The Garden of Evening Mists Dah Boleh Tonton Di Astro First, Jom Kita Layan!

gempak
03/03/2020
08:48 MYT
Berita

Filem The Garden of Evening Mists Ditayang di Festival Filem Asia Osaka 2020

gempak
05/02/2020
10:15 MYT
BorakSeeni