Laman Utama

“Dating Pakai Topi Tak Nak Orang Cam” - Akhirnya Disatukan, Harris Annuar & Asha Merican Berbulan Madu Di Switzerland

gempak
Azwa Rahman
13/06/2022
03:21 MYT
Sponsor Banner
“Dating Pakai Topi Tak Nak Orang Cam” - Akhirnya Disatukan, Harris Annuar & Asha Merican Berbulan Madu Di Switzerland
Pelakon Harris Annuar meluahkan rasa syukur apabila hubungan dalam diamnya bersama isteri, aktres dan model Asha Mericam berakhir di jenjang pelamin.
Menurut Harris atau nama sebenarnya Mohammad Harris Shahrul Annuar, 29, dia bertindak tidak mendedahkan jalinan cinta bersama Asha adalah atas faktor belum pasti dan takut tidak menjadi.
Menceritakan detik perkenalan sehinggalah disatukan dalam sebuah majlis yang cukup indah, Harris mendedahkan dia sering mengenakan topi setiap kali keluar berjanji temu bagi mengelak dicam orang ramai.
“Sebenarnya kami dah empat tahun berkenalan. Dalam masa empat tahun tu ada turun naik tapi alhamdulillah disatukan.
“Sebenarnya dulu kalau saya keluar dating, saya akan pakai topi supaya orang tak cam. Kami juga bukan jenis yang hebahkan perhubungan, kalau kami share pun hanya di ‘close friends’ di Instagram.
“Bukanlah kata nak menyorok ke apa cuma benda tu kita tak tahu akan jadi ke tak kan, jadi lebih baik kita berdiam diri. Takut terlalu dedahkan nanti tiba-tiba tak jadi, jadi isu pula. Empat tahun kami diam, alhamdulillah menjadi akhirnya,” jelas Harris kepada Gempak.
Harris dan asha ditemui selepas majlis resepsi mereka yang diadakan di Magica Event, Star Avenue Lifestyle Mall, Shah Alam pada Ahad.
Tambah Asha pula, dia mengambil masa yang agak lama untuk menerima kehadiran Harris sebagai suami kerana pada asalnya dia masih belum bersedia untuk menamatkan zaman bujang.
Tapi apabila melihat usaha dan kasih sayang yang tidak berbelah-bahagi Harris kepadanya, membuatkan Asha bersetuju untuk berkahwin.
“Harris ni seorang pemuda, anak yang sangat baik. Susah nak jumpa lelaku macam Harris.
“Sebenarnya niat nak berkahwin tu banyak kali Harris dah ajak. Tapi bila dia nampak bersungguh dan bersedia, datang kampung untuk jumpa keluarga saya, baru saya terima.
“Bulan madu Insya-Allah lepas habis segala penggambaran drama, ikutkan perancangan bulan Ogos ni kami nak menunaikan umrah terlebih dahulu.
“Bulan September baru kami akan berbulan madu di Switzerland,” ujarnya lagi.
Sekadar info, Harris Annuar selamat bergelar suami kepada Asha dengan hanya satu lafaz pada jam 4 petang di lokasi yang sama.
Pada majlis terbabit, Harris menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,001 kepada Asha beserta lima dulang hantaran, manakala pihak Asha membalas dengan tujuh dulang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live