Mulia sungguh hati Dato’ Fazley Yaakob yang ingin membuat promo makanan untuk para pelajar.

Menurut beliau di Instagramnya @fazleyyaakob, perancangan itu akan dibuat setiap hari Rabu dan Khamis di Restoran SukaSucre Bistro.

Menurut beliau lagi, para pelajar boleh buat tempahan untuk datang dan pastikan ada kad pelajar yang sah. Mereka juga boleh datang tanpa buat tempahan, tetapi harus menunggu meja kosong untuk duduk.



Dengan harga RM10, mereka dapat menikmati Pasta Daging Salai Lemak Cili Api, Pilihan kek Cokelat atau Red Velvet bersama Aiskrim serta air yang di infused dengan buah strawberry dan timun.

Kata Dato’ Fazley, beliau akan memastikan menu ditukar setiap minggu dan portion akan dilebihkan.

“Jangan risau, portion saya lebihkan nanti, sebab saya tahu student perlu banyak energy, nak siapkan assignment, nak study, nak buat presentation, nak jalan jauh ke lecture hall, betul tak,” tulis beliau yang memahami keadaan para pelajar.

Kredit Gambar: Instagram @fazleyyaakob