Tukang masak popular tanah air, Datuk Cef Wan melantik anak lelakinya Mohd Nazdri Redzuawan sebagai Timbalan Ketua Cef di cawangan terbaru restoran beliau.

Cef Mohd Nadzri atau lebih dikenali sebagai cef Riz bakal memulakan tugas sepenuhnya di restoran terbaru ChefWan 1985 di KL East Mall yang akan dibuka pada penghujung Mac ini.

Anak kedua cef Wan itu kini sedang di dalam latihan menyediakan menu baru di De.Wan 1958 by Chef Wan, di The Linc, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Pengumuman tersebut dibuat Cef Wan menerusi posting di Instagram (IG) pada Isnin, ketika cef Riz sedang menyediakan hidangan ‘Yee Sang’ kepada pelanggan.

“Anak saya, cef Mohd Nadzri yang merupakan Timbalan Ketua Cef di kafe terbaru kami ‘ChefWan 1958’ yang bakal dibuka pada hujung Mac ini di KL East Mall, kini dalam latihan menu terbaru di De.Wan 1958 (My son Chef Mohd Nadzri who is holding the deputy Head Chef position for our new Cafe " ChefWan 1958" due for opening end of March at KL East Mall is now under training all our new menus at De.Wan 1958 kitchen).

“Apa yang anda lihat, cef Nadzri sedang membantu kami menyediakan hidangan ‘Yee Sang kepada pelanggan yang meraikan Tahun Baru Cina bersama kami (Seen here Chef Nadzri helping us to prepare the Yee Sang for some of our guests to celebrate CNY with us).

“Hidangan ini antara yang popular di kalangan pelanggan kami dan mereka menyukainya (This dish was a hit among all our guests that loved it),” tulisnya.

Sementara itu di ruangan komen rata-rata pengikut mengucapkan tahniah kepada ‘Chef Wan Junior’ itu dan percaya cef Nadzri bakal menjadi sehebat bapanya.

My son Chef Mohd Nadzri who is holding the deputy Head Chef position for our new Cafe " ChefWan 1958" due for opening end of March at KL East Mall is now under training all our new menus at De.Wan 1958 kitchen. Seen here Chef Nadzri helping us to prepare the Yee Sang for some of our guests to celebrate CNY with us. This dish was a hit among all our guests that loved it.

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on