Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri tertekan apabila sebuah rumah miliknya yang terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur masih belum terjual.

Luahan itu dibuat Aliff menerusi satu posting di Instagramnya, semalam.

Menurut Aliff, rumah berkenaan dijual pada harga RM6 juta dan ia lebih rendah daripada harga pasaran iaitu RM6.5 juta.

“Home sweet home bawah Pavilion mall Bukit Bintang dan berjiran dengan JW Marriot.

“Menunggu pembeli rumah ini yang tidak kunjung tiba, saya jer duduk sini.

“Saya dah jual murah RM6 juta jer sebab harga market value adalah RM6.5 juta,” katanya.

Menurutnya, antara faktor utama rumah tersebut masih belum dijual berkemungkinan berpunca daripada situasi pandemik yang melanda negara.

“Tak tahu apa masalah masih tak ada pembeli sekarang ni musim Covid-19 nak shopping semua tutup kedai.

“Kalau siapa nak beli hubungi manager saya,” katanya.

A post shared by Aliff syukri bin kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)

Sementara itu, menerusi ruang komen kebanyakannya bersetuju situasi pandemik menjadi punca jualan rumah semakin sepi.

Pun begitu, ramai juga menganggap ayat digunakan Aliff itu seolah nilai RM6 juta adalah jumlah yang kecil.

“Jangan kata 6 juta, silap-silap RM6 pun tak ada datuk”

“Datuk ingat beli rumah macam beli goreng pisang?”

“Sedih saya, harap ada yang beli rumah datuk,” tulis beberapa netizen.