Laman Utama

Datuk Seri Vida Hadiahkan Staf Beg Mewah, Netizen Pertikai; “Perlu Ke Nak Mention Harga Mencecah…”

gempak
Hanafis Haris
20/02/2022
04:25 MYT
Sponsor Banner
Datuk Seri Vida Hadiahkan Staf Beg Mewah, Netizen Pertikai; “Perlu Ke Nak Mention Harga Mencecah…”

Jutawan kosmetik Datuk Seri Vida sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila berkongsi sebuah video dia berbelanja barangan mewah.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram itu, Vida pada awalnya dilihat sedang membeli sebuah beg mewah dan berjenama.

Difahamkan, beg tersebut dibeli sebagai hadiah untuk staf medianya.

Namun, harga beg yang mencecah RM8,000 itu telah menjadi ‘topik’ perbualan utama netizen.

“Selamat Hari Lahir kepada Staf Media saya @aniqhsr bersama saya Hampir 4 Tahun.

“Ikut saya kemana mana.Saya Hadiahkan Beg Gucci Berharga RM8000,” tulisnya.

Menerusi ruang komen, ramai yang tidak senang dan mempertikaikan keperluan menyebut nilai hadiah berkenaan.

Kebanyakan mereka menasihat Vida supaya tidak menyebut nilai harga jika mahu memberikan hadiah kepada seseorang.

“Datuk janganlah sebut harga, cukup hadiah kan apa pun dah bagus”.

“Kenapa eh nak mention harga tu berapa”.

“Mahalnya harga beg, bagus la Datuk,” tulis beberapa netizen.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live