Khabar duka buat penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Sheila Majid apabila komposer lagu Antara Anyer Dan Jakarta iaitu Oddie Agam telah meninggal dunia.

Hal itu dikongsikan sendiri oleh beliau menerusi hantaran yang dibuat menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi.

“Kami amat berdukacita dengan khabar ini. Saya sudah lama mengenali arwah. Sebelum menjadi penyanyi lagi. Dialah pencipta lagu Indonesia pertama yang telah mengharumkan nama saya ke Indonesia dengan lagu-lagu seperti Antara Anyer Dan Jakarta, Aku Cinta Padamu, Tua Sebelum Waktu, Begitulah Cinta dan beberapa lagu lag.

“Malah sebelum mengenali dia sebagai komposer dia juga adalah rakan keluarga kami,” tulis Sheila menerusi rungan kapsyen.

A post shared by missmajid (@missmajid)


Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan pemergian Oddie Agam sebagai satu kehilangan besar buat karier muziknya.

“Saya berasa sangat sedih, seperti separuh karier muzik saya telah hilang. Muzik kamu akan sentiasa bersinar di hati kami Agam. Terima kasih untuk semua lagu-lagu indah yang kamu tulis. Semoga tenang di sana.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya, mengampunkan segala dosa-dosanya dan menempatkannya bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. A star is gone but it’s light will forever shine in our hearts,” tutup Sheila.

Sebelum meninggal dunia, Oddie Agam sempat menjalani rawatan intensif di RS Persahabatan pada 7 Oktober lalu. Berdasarkan sejarah penyakitnya, arwah difahamkan menderita strok sejak 2017.

Selain strok, Oddie Agam, 68, turut mengalami masalah sakit buah pinggang.

Kredit foto: Instagram Sheila Majid dan Sendy Kurniawan

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!