Hollywood
Dave Ghrol Mengaku Bukan Hanya Curang, Ada Anak Luar Nikah
Mantan pemain dram Nirvana yang juga pengasas band Foo Fighters, Dave Ghrol terus mencetuskan kontroversi selepas pengakuan mengejut curang terhadap isterinya, Jordyn Blum.
Mengaku curang, ada anak luar nikah
Ghrol yang muncul sebagai tetamu di sebuah podcast mengaku bukan hanya curang tetapi memiliki anak di luar nikah hasil hubungan sulit dengan seorang wanita.Dia bagaimanapun tidak mendedahkan identiti anak perempuan dan wanita yang telah menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya.
Pada saat pengakuan tersebut masih menjadi buah mulut, kini sisi liar pemuzik berusia 55 tahun itu mula terkuak.
Terkini, New York Post melaporkan Ghrol didakwa pernah mempunyai hubungan istimewa dan diragukan bersama seorang pengasas laman web porno, Annaliese Neilsen.
Laporan sama mendedahkan Ghrol bukan sahaja pernah singgah datang ke kediaman Neilsen di kawasan perumahan Hingland Park, Los Angeles tetapi pada satu ketika telah membayar bil milik wanita tersebut.Neilsen bagaimanapun menafikan dirinya ibu kepada anak luar nikah Ghrol. Dia mendakwa berkenalan dengan Ghrol melalui seorang kawan serta tidak mempunyai hubungan asmara bersama rocker tersebut.
Pada tahun 2009, Neilsen menyifatkan laman web porno yang diasaskan sebagai mengujakan, erotik serta memiliki 100 peratus gambar-gambar eksklusif mengenai dunia persundalan.“Tuduhan (ibu anak luar nikah) adalah salah. Saya tidak ada apa lagi ingin diulas,” katanya.
Must-Watch Video