Selepas genap tujuh hari kelahiran cahaya mata, pengacara Dayah Bakar mendedahkan nama anak lelakinya kepada umum yang diberikan sebagai Achbar Muhammad Fahri.

Menurut Dayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah Abu Bakar, 31, nama tersebut merupakan piihan yang dibuat suaminya, Kapten Muhammad Hanif Hamidi.

Perkara itu dikongsikan Dayah menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram miliknya yang turut menjelaskan maksud di sebalik nama puteranya itu.

"Achbar Muhammad Fahri Bin Muhammad Hanif. Achbar (dihormati), Muhammad (yang terpuji), Fahri (kebanggaanku).

"Nama pilihan baba. Apa baba suka, ibu turutkan. Tapi, nama Fahri itu memang pilihan tepat hati ibulah," jelasnya.

ACHBAR MUHAMMAD FAHRI BIN MUHAMMAD HANIF Achbar = Dihormati Muhammad : Yang terpuji Fahri : Kebanggaanku Nama pilihan Baba . Apa Baba suka , Ibu turutkan ? Tapi, nama Fahri tu memang pilihan tepat hati Ibu la ? Love , Ibu dan Baba Achbar Muhammad Fahri #miniDayaHanif

A post shared by DAYAH BAKAR (@dayahbakar) on


Dayah memilih hari ketujuh untuk mendedahkan nama bayinya itu sebagai mengikut saranan yang digalakkan dalam Islam.

Di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji pilihan nama anaknya itu yang disifatkan cukup indah.

"Sedapnya nama dia. Unik. Semoga menjadi anak yang soleh untuk orang tua.

"Sungguh indah nama yang diberikan oleh baba," tulis sebahagian netizen.

Terdahulu, Dayah selamat melahirkan anak sulungnya pada Isnin lalu secara pembedahan.

Dayah terpaksa bersalin tanpa kehadiran suami di sisi berikutan Hanif yang merupakan pegawai tentera kini masih lagi terpaksa bertugas di Australia.

BACA: Sempat Video Call Sebelum Bersalin, Dayah Bakar Timang Anak Sulung Tanpa Suami Di Sisi

Dayah mendirikan rumah tangga dengan Hanif pada Jun 2018.