Laman Utama

Dayah Bakar Kongsi Tentang Hubungan Jarak Jauh Dalam Naura Shares Malam Ini!

gempak
Asraf Aided
18/09/2020
05:09 MYT
Sponsor Banner
Dayah Bakar Kongsi Tentang Hubungan Jarak Jauh Dalam Naura Shares Malam Ini!
Perhubungan jarak jauh bukanlah situasi yang ideal untuk kebanyakan pasangan.
Semestinya ia memerlukan kesabaran, ketabahan dan dasar kepercayaan yang tinggi sesama pasangan hidup masing-masing.
Biarpun berdepan dengan hakikat ini, cinta yang ikhlas dan tulus pastinya tak mudah patah semangat bagi setiap pasangan.
Begitulah yang dilalui oleh pengacara Dayah Bakar, seorang isteri dan ibu yang menjalani kehidupan dengan penuh motivasi.
Dayah akan berkongsi kisah dan pengalamannya berkaitan perkara ini dalam Naura Shares episod 8 malam ini.
Naura Shares yang kini memasuki musim ke-14 ditayangkan setiap Jumaat, jam 9.00 malam di NAURA (saluran 109).
Dihoskan oleh Hana Ismail, Naura Shares musim ke-14 turut menampilkan tetamu jemputan lain seperti Ashraf Muslim, Ernie Zakrie, Naim Daniel dan ramai lagi.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live