Laman Utama

Dedah Rugi RM600,000, Penerbit & Pengarah Sudah Maafkan Ben Amir - "Tiada Isu Dah... Kami Terbuka Bekerjasama Semula"

gempak
Amri Hassan
09/08/2022
07:04 MYT
Sponsor Banner
Dedah Rugi RM600,000, Penerbit & Pengarah Sudah Maafkan Ben Amir - "Tiada Isu Dah... Kami Terbuka Bekerjasama Semula"
Penerbit drama bersiri Demi, Datin Mahfuzah Zakkiah Abdain enggan menyenaraihitamkan pelakon Ben Amir yang sebelum ini pernah berdepan krisis melibatkan saman melanggar kontrak.
Malah, Mahfuzah menganggap ketegangan antara mereka sudah selesai dan terbuka untuk bekerjasama dengan Ben Amir.
"Biasalah adakalanya kita akan tergelincir sedikit, kita tak tahu. Dia (Ben Amir) orangnya baik, kita tak ban.
"Hal yang lepas sudah berlalu dan saya sudah maafkannya. Tiada isu antara saya dan dia," kata Mahfuzah.
Kata Mahfuzah lagi, biarpun berdepan kerugian lebih RM600,000 akibat pandemik dan beberapa isu berkaitan sepanjang penggambaran Demi, beliau berpuas hati dengan hasilnya.
"Kerugian saya lebih kurang RM600,000 tapi saya berpuas hati. Dengan apa yang berlaku, dengan ada kes mahkamah yang sudah diselesaikan cara baik... saya sudah maafkan.
"Banyak pengajaran yang saya perolehi sepanjang proses penerbitan drama Demi walaupun dah dua tahun berlalu.
"Semangat persahabatan! Dalam industri kita, tak kira apa juga status, untuk memperoleh semangat setiakawan itu bukan mudah," ujarnya.
Rahila Ali terbuka bekerjasama semula Sementara itu, tambah pengarah drama bersiri Demi, Rahila Ali, dia bersedia untuk kembali bekerjasama dengan pelakon berkenaan sekiranya punyai peluang lagi.
"Apa yang dah berlaku sudahpun berlaku, kita manusia dan tak sempurna. Mungkin ada tergelincir...
"Mungkin kalau ada jodoh kita akan bekerja kembali," ujarnya.
Untuk rekod, pada 27 Mac 2020 produksi drama terbabit mendakwa Ben Amir pulang ke Malaysia bersendirian meninggalkan semua kru produksi dan pelakon yang sedang menjalani penggambaran di Scotland ketika COVID-19 sedang merebak.
Tindakan itu dianggap tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri kerana penggambaran drama itu belum selesai.
Ben pada April lalu bersetuju membayar RM100,000 sebagai bayaran penyelesaian kepada syarikat produksi Elisa Vision Sdn Bhd berhubung kes saman melanggar kontrak.
Dalam prosiding di Mahkamah Kuala Lumpur, Ben bersetuju membayar RM100,000 dengan lima kali bayaran sebanyak ansuran sebanyak RM20,000 bermula 10 Mei.
Drama Demi yang diadaptasi daripada novel dibintangi Keith Foo, Ashraf Muslim, Puteri Aishah, Ika Nabela, Riz Amin, Tania Hudson, Hasnul Rahmat dan ramai lagi.
Demi menceritakan kehidupan pahit seorang isteri bernama Suraya. Selepas berkahwin dengan Fairul, seorang lelaki kacukan Melayu-Scottish yang bekerja sebagai doktor, kebahagiaan tidak seindah yang diimpikan.
Ketika mereka berhijrah menetap di luar negara, Fairul bukan sahaja bermain kayu tiga sebaliknya memilih menjadi murtad malah melarang Suraya mendidik anak untuk berpegangke jalan agama yang sebenar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024