Penyanyi Deja Moss mendedahkan dia pernah berdepan dengan masalah depresi sehingga menimbulkan keinginan untuk membunuh diri.
Menurut Deja atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Moss, 47, dia mengalami masalah depresi sebanyak dua kali dan paling mencabar adalah sewaktu sebelum perkahwinan yang pertama.
“Masa serangan depresi yang pertama, memang saya ada keinginan untuk membunuh diri. Masa tu pula saya malu nak bercakap dengan orang.
“Dan kemudian saya pergi berjumpa doktor, saya bercerita dengan doktor, doktor jalani beberapa ujian dan baru tahu yang saya ada depresi.
“Saya didiagnos mengalami depresi dan doktor ada cadangkan beberapa pil untuk saya ambil. Saya jadi tak boleh tidur. Ubat-ubat yang diberi itu akan menenangkan tapi ada kalanya kita tetap bercelaru walaupun sudah makan ubat penenang.
“Sebelum saya berkahwin dulu memang dah ada deprasi sebab you bersendirian tetapi lepas bercerai tu, deprasi datang balik tapi dia tak lama,” jelas Deja.
Deja ditemui pada majlis sidang media pelancaran buku autobiografi dirinya, Hidupku Takdirku secara maya sebentar tadi.
Tambah penyanyi kelahiran Sarawak ini lagi, serangan depresi yang kedua pula datang selepas dia bercerai dengan suaminya.
Walau bagaimanapun, dia bersyukur kerana depresi kali kedua ini mampu diatasi dan hanya berlarutan beberapa bulan sahaja.
“Alhamdulillah saya sedar saya mengalami depresi ni di peringkat yang awal dan saya makan ubat untuk menjauhkan benda-benda tu daripada menyakitkan saya.
“Sebab saya dah tahu macam mana nak mengatasi perkara tu. Deprasi yang pertama banyak mengajar saya dan bila terjadi kali kedua, saya serahkan pada Allah.
“Saya solat dan berdoa pada Allah sebab tu ia tidak seteruk serangan deprasi yang pertama. Yang kedua ni datang dalam tiga ke empat bulan sahaja
“Masa deprasi kali kedua tu, saya dah boleh atasi. Apa-apa yang datang dalam hidup kita, ia tidak akan kekal selamanya,” jelasnya lagi.
Terbuka untuk berbicara soal deprasi ini juga membuatkan Deja mahu orang ramai sedar dan ambil tahu akan masalah ini.
“Pesanan saya kepada sesiapa yang mengalami masalah depresi dan malu untuk mendapatkan bantuan profesional, setiap penyakit tu ada ubatnya.
“Banyakkanlah beribadat, sebab bila kita baiki hubungan dengan Allah, Allah akan betulkan semua. Ini yang saya buat bila kali kedua diserang depresi. You kena beranikan diri, ubat diri you. Kena kuatkan semangat dan serahkan segalanya kepada Allah. Baikilah hubungan dengan Allah.
“Sekarang saya tak malu lagi untuk bercakap pasal depresi sebab orang boleh relate. Dalam buku ini sendiri saya ada bercakap pasal kehidupan seharian dan semua orang boleh relate,” ujarnya lagi.
Azwa Rahman
Wed Jun 30 2021


Siap Dalam Masa Tiga Hari, Syabil Harap Lagu Dunia Kita Mendapat Tempat Dalam Kalangan Pendengar Muzik Tempatan
Lagu Dunia Kita terinspirasi daripada pengalaman sebenar

Ini Sebab Sharifah Sakinah Pasang Ayat Al-Quran Ketika Shooting Filem Jemputan Ke Neraka…
Penggambaran pula dekat banglo lama.

#BIGSTAGE5: Baju Yang Digayakan Aina Abdul Ganggu Pandangan Penonton? Ini Jawapan Pihak Produksi: “Tak Pernah Terima Sebarang Aduan…”
Pihak produksi dah bagi jawapan

Lima Tahun Hajat Tertangguh, Raffi Ahmad Buat Kejutan Bawa Pekerja Tunai Haji
Raffi Ahmad lunas hajat

#BIGSTAGE5: “Duduk Belakang Aina Ke, Ajai Ke, Korang Still Terhalang” - Pereka Baju Aina Abdul Tampil Beri Penjelasan
Ini penjelasan Masyadi Mansoor

#PE3 : Dah Kutip RM16 Juta! Fauzi Nawawi Akui Berbaloi Terbabit Dengan Filem Mega Polis Evo 3
Memang berbaloi!

#BIGSTAGE5: “Saya Tak Dilahirkan Dengan Kekuatan Vokal…” - Meer Nash Akan Usaha 10 Kali Ganda Perbaiki Kelemahan
Usaha lagi Meer Nash, all the best.

“Lainlah Minum Arak” - Baby Shima Kecewa Video Minum Dari ‘Botol Susu’ Masih Jadi Isu
Isu botol susu masih berlanjutan

#BIGSTAGE5: Nadeera Zaini Melompat Gembira Siti Nurhaliza Puji Skil & Suara Bagus! - "Terperanjat! Syukur Tak Terkata Apa Dah"
Memang suara dan skil nyanyian Nadeera Zaini mantap!

#PE3: Baru 4 Hari Ditayangkan, Polis Evo 3 Raih Kutipan RM16 juta! Cayalah Boh!
Wow, letupan! Tahniah!