Bekas anggota kumpulan Pussycat Dolls, Nicole Scherzinger disaman pengasas grup tersebut kerana permintaan tak masuk akal yang dibuatnya untuk ikut serta dalam reunion mereka.

Pengasas yang juga koreografer Robin Antin mendakwa Scherzinger telah menukar persetujuan asal, menaikkan permintaan dan meminta agar dirinya mempunyai hak penuh terhadap creative control.

Menurut laporan BBC.com, penyanyi itu sebelum ini meminta sebanyak 49% pegangan sebelum menaikkan permintaan kepada 75%, pegangan dan meminta hak penuh terhadap bahagian kreatif.

Sedekad selepas perpecahan, Pussycat Dolls pada 2019 mengumumkan akan membuat reunion sekaligus tour. Lima daripada enam anggota mereka bersetuju untuk ikut serta dalam reunion tersebut iaitu Ashley Roberts, Carmit Bachar, Kimberly Wyatt, Jessica Sutta dan Scherzinger. Melody Thornton menolak pelawaan untuk melakukan reunion.

Mereka mengatakan akan membawa semula nostalgia menerusi untaian hit mereka seperti Buttonz, Don't Cha dan Jai Ho dalam siri tour di United Kingdom, selain akan membawa single terkini mereka, React.



Bagaimanapun perancangan mereka mengadakan tour tersekat kerana dunia dilanda pandemik Covid 19.

Menerusi perjanjian, Scherzinger bersetuju menjadi ahli aktif dengan muncul dalam 45 persembahan bersama grup tersebut.

Oleh kerana melanggar perjanjian tersebut, Antin mengemukakan saman ke Los Angeles Superior Court pada Jumaat lalu.

Pihak Scherzinger belum memberi sebarang kenyataan.

Kredit Foto: Getty Images