Laman Utama

Demi Cari Duit Beli Aksesori Toca Boca, Anak Wawa Zainal Jadi Pelakon

Izwan Isa
14/09/2021
09:55 MYT
Siapa sangka, anak kedua kepada pasangan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel iaitu Hayla Maghfiratul Azkiyaa, 6, kini bergelar pelakon!
Hal tersebut dikongsikan sendiri oleh Wawa menerusi kemas kini di Instagram Storynya semalam.
Menerusi hantaran tersebut, Wawa berkata, dia berasa agak ‘seram’ memandangkan barisan pelakon yang turut sama membintangi drama yang tidak didedahkan judulnya itu merupakan nama-nama besar dalam industri.
“Alamak, Hayla tak nervous ke berlakon dengan pelakon hebat? Mama pula yang seram,” tulisnya.
Menerusi imej yang dikongsikan, Hayla yang memegang watak sebagai Syu bergandingan dengan pelakon-pelakon gred A seperti Syukri Yahya, Nabila Huda, Amirul Afendi dan Adlin Aman Ramli.
Syukri Yahaya yang memegang watak sebagai Hady merupakan ayah kepada Syu.
Menerusi perkongsian kedua, Wawa turut menjelaskan kesungguhan Hayla yang sanggup bersengkang mata meneruskan sesi penggambaran dari pagi sehingga malam, semata-mata mahu mengumpul duit poket sendiri bagi membeli aksesori Toca Boca.
“Sebenarnya Hayla belum bersedia nak berlakon. Tapi dia nak sangat ada duit sendiri, dia nak beli aksesori Toca Boca banyak-banyak. Jadi dia sanggup shooting pagi sampai malam katanya. Tapi tengoklah macam mana lakonan dia, boleh ke tak. Kalau tak boleh terpaksa tarik diri. Risau pula menyusahkan pelakon lain,” tulis Wawa lagi.
Wawa yang kini hamil tujuh bulan mendirikan rumah tangga bersama Aeril pada 2013. Mereka kemudian dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Azkiyaa, 6, dan Aya Soffya yang kini berusia setahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Tak Ada Sentuhan Atau Aksi Bukan-Bukan” - Abby Abadi

gempak
25/07/2024
02:08 MYT
Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi tampil menjelaskan dakwaan netizen mengatakan dirinya kelihatan menggeletis dengan aktor, Aeril Zafrel.
Hiburan

Didakwa Menggeletis Selepas Badan Kurus, Netizen Backup Abby Abadi - “Nama Pun Berlakon..”

gempak
24/07/2024
11:55 MYT
Selepas tampil dengan penampilan yang semakin langsing, setiap hantaran yang dimuatnaik pelakon Abby Abadi pasti meraih perhatian wargamaya.
Drama

Tak Mudah Bertutur Loghat Terengganu, Nora Danish Syukur Diajar Aswad Jalil - “Walaupun Saya Lahir Di Sana Tapi…”

gempak
20/07/2024
03:55 MYT
Pelakon, Nora Danish akui tidak mudah untuk bertutur dalam loghat Terengganu untuk drama terbaharu lakonannya berjudul Perang Nasi Dagang.
Drama

Pengulas Filem Bagi Skor Tinggi, Ini Sebab Korang Wajib Tonton Drama Framed!

gempak
03/07/2024
15:58 MYT
Drama bergenre fantasy investigative thriller, Framed terbitan Astro Shaw telah melabuhkan tirainya pada 21 Jun lalu.
Hiburan

Pening Tak Tahu Nak Tengok Rancangan Apa, 'Jom Usha' Antara Drama & Program Pilihan Alif Satar

gempak
02/07/2024
08:23 MYT
Selebriti versatil iaitu Alif Satar bukan sahaja dikenali dalam bidang nyanyian malah bapa kepada tiga orang anak ini juga hebat dalam dunia lakonan dan pengacaraan.