Demi FYP, Pemuda Mudik Bermotosikal Pakai Kostum Ultraman
Demi meraih tular di media sosial, seorang pemuda dari Jakarta, Diki Satria nekad pulang ke kampung halaman di Lampung Timur, Indonesia dengan menunggang motosikal sambil mengenakan kostum Ultraman, lapor Kumparan News.
Diki berkata, dia tidak malu memakai kostum watak adiwira Jepun itu kerana wajahnya terlindung dengan topeng, namun mengakui kepanasan sepanjang perjalanan.
"Saya dari Jakarta mahu ke Lampung Timur. Pakai kostum ini sengaja untuk seronok-seronok dan biar FYP atau For You Page," katanya ketika ditemui di Pelabuhan Ciwandan, Kota Cilegon, Banten, awal pagi Sabtu.
Bagaimanapun, Diki tidak bercadang memakai kostum itu sepanjang perjalanan ke kampung halaman dan merancang menanggalkannya di atas kapal menuju Pulau Sumatera.
"Tak boleh pakai terus, boleh mati saya, panas. Nanti di kapal saya tukar, bukan di sini, malu," selorohnya.
Sementara itu, menurut data PT Pelindo Regional II Banten, setakat jam 9.56 pagi, sebanyak 58,502 unit motosikal telah menyeberang dari Pulau Jawa ke Pulau Sumatera melalui Pelabuhan Ciwandan.
Jumlah tertinggi direkodkan pada Jumaat, dengan 23,280 motosikal menyeberang ke Sumatera.