Pelakon dan pengacara jelita, Amelia Handerson sanggup menyusun jadualnya untuk membintangi watak sebagai Anggun Zahara di dalam drama bersiri i.D.

Katanya, naskhah ini sangat bermakna baginya kerana pengalaman bekerja bersama penerbit, Fatimah Ruzaimi dan pengarah, Razaisyam Rashid merupakan satu keputusan yang paling tepat untuk mengasah lagi bakatnya dalam bidang lakonan.

"Ketika itu saya memang tengah shooting projek yang lain dan yang mencabarnya adalah macam mana saya nak susun jadual saya yang padat, tapi saya memang dah tahu saya nak watak ini.

"Saya memang nak ambil peluang untuk berlakon dengan Razaisyam sebab saya minat hasil kerja dia. Untuk bekerja dengan pengarah seperti ini saya memang takkan lepaskan peluang ini.

"Jadi saya call abang Razaisyam dan akak Fatimah untuk beritahu mereka, saya tidak kisah untuk ubah jadual kerja saya asalkan dapat peluang bekerja dengan mereka.

"Sebab saya rasa bekerjasama bersama mereka akan dapat improve lakonan saya, dan itu adalah keputusan yang paling terbaik saya pernah buat dalam karier saya.

Berita Trending: Aedy Ashraf Sanggup Bleach Rambut Demi Hidupkan Watak Jazman Rahim

"Sebab saya rasa drama ini sangat penting bagi saya, selepas itu walaupun saya rasa sangat mencabar tetapi ia merupakan satu keputusan yang sangat tepat, saya akan menyesal kalau saya tak buat drama ini," kongsinya ketika ditemui Gempak.

Siri drama premium 8 episod ini menampilkan barisan bakat pelakon terkenal tempatan termasuk Naim Daniel (Aidi Zabran), Amelia Henderson (Anggun Zahara), Aedy Ashraf (Jazman Rahim), Datuk Rosyam Nor (Rahim Abadi), Ellyza Azizi (Alia Mukhriz), Shantini Venugopal (Patti Shanti), Joyce Harn (Jo), Jo Kukathas (Dato Kumari Lakshmi) dan ramai lagi.

Saksikan i.D bermula 23 Februari, setiap Jumaat jam 9 malam.

Siri drama premium hasil karya daripada pengarah Projek Anchor SPM, Razaisyam Rashid, terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Alpha47 ini bakal bersiaran pada 23 Februari, 9 malam, menerusi Astro Premier (Saluran 410) atau boleh menyaksikan episod awal di setiap minggu bermula 12 tengah malam menerusi platform On Demand dan Astro GO.

Sinopsis i.D

i.D, mengisahkan Aidi, seorang pereka aplikasi yang telah mencipta BEBAS App, aplikasi penting yang digunakan sewaktu penularan wabak dengan menempatkan maklumat-maklumat pengguna bagi tujuan pemakluman info semasa. Jazman, seorang pengurus syarikat di mana tempat Aidi bekerja telah memecat Aidi tanpa sebarang alasan yang munasabah.

Dendam Aidi terhadap Jazman terus memuncak, ditambah pula apabila melihat kemesraan Anggun, gadis idaman Aidi, sering bersama Jazman.

Akibat dendam, Aidi telah mencuri 27.7 juta maklumat pengguna daripada BEBAS App dan mencipta watak baharu iaitu Tengku Remy di alam maya untuk berkenalan dengan Anggun.

Data yang digodam oleh Aidi juga telah dijual kepada pihak yang tidak bertanggungjawab demi mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Namun tanpa disedari, aktiviti haram yang dilakukan ini telah menjerumus kepada masalah besar yang bakal menimpa Aidi.