Laman Utama

Demi Jual Sayur, Nenek Akhirnya Berjaya Dapatkan Lesen Setelah Percubaan ke-960 Kali

gempak
Gempak
29/03/2023
12:31 MYT
Sponsor Banner
Demi Jual Sayur, Nenek Akhirnya Berjaya Dapatkan Lesen Setelah Percubaan ke-960 Kali
Usaha tangga kejayaan dan jangan pernah berputus asa. Mungkin itu kata-kata yang sesuai digambarkan buat seorang warga emas di Korea Selatan ini.
Cha Sa-soon berjaya mendapatkan lesen memandu bukan selepas dua atau tiga kali percubaan, tetapi 960 kali! Dan percubaan tersebut telah dibuat sejak tahun 2005.
Tidak hanya itu, dia yang berjaya mendapatkan lesen pada tahun 2010 telah menghabiskan sebanyak RM53,000 untuk memastikan dirinya berjaya memandu. Waktu itu, dia berusia 69 tahun.
Menurut laporan media antarabangsa, Sa-soon telah berusaha menduduki peperiksaan sejak gagal pertama kali sebanyak lima hari seminggu, namun tetap gagal.
Warga emas yang kini berusia 80 tahun itu akhirnya berjaya mendapatkan lesen memandu dari Sekolah Memandu Jeonbunk Driving School.
Ada alasan yang cukup mengharukan di sebalik usaha tanpa henti Sa-soon mendapatkan lesen memandu.
Dia mahu membawa sayur-sayurannya untuk dijual.
Kisah Sa-soon menjadi viral setelah dikongsikan oleh Reddit. Reddit menyifatkan sikap nenek tersebut sebagai salah satu manusia yang paling memberi inspirasi di seluruh dunia.
Sejak kisahnya viral, Sa-soon yang tinggal bersendirian di kampung Sinchon menjadi selebriti dan menjadi inspirasi bagi kebanyakan orang yang berhadapan masalah sama iaitu untuk lulus dalam mendapatkan lesen memandu.
Malah usahanya diiktiraf syarikat automotif Hyundai yang memberikan Sa-soon sebuah kereta selain mendapat tawaran terbabit dalam iklan daripada syarikat kenderaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live