Penyanyi Demi Lovato membuat peminatnya memberi pelbagai respon melihat kemas kini di akaun Instagramnya apabila dia mempamerkan seekor labah labah besar di kepalanya.

Meski demikian, labah labah besar tersebut bukanlah haiwan hidup melainkan tato yang baru dicacah pada bahagian kepalanya.

Lovato, 29, berkongsi perkembangan terkini dirinya yang mempunyai tato labah labah tersebut pada hujung minggu lalu dengan menulis penjelasan di sebalik pemilihan haiwan tersebut dicacah pada kepalanya.

“Ini adalah nenek labah labah yang telah mengajar kita banyak perkara,” tulisnya dalam bahasa Inggeris sebelum menyambung: “She taught us about pottery and weaving. She taught us about fire and light and dark. She taught us that we are all connected on the web — each one of us having our place in this world.”

Menurut laporan Billboard tato yang dibuat pelantun Skyscraper itu dicacah oleh pelukis tato selebriti, Dr Woo. Dia juga berkongsi hasil kerjanya mencacah tato tersebut dalam Instagram Story miliknya.

Pada Mac tahun lalu, Lovato pernah berkongsi mengenai perubahan imej rambutnya bersama majalah Glamour adalah sebagai sebuah percubaan dirinya keluar dari zon selamat yang telah membuat dirinya selesa sejak sekian lama.

Sementara itu dalam perkembangan lain, penyanyi ini juga dilaporkan baru keluar dari pusat pemulihan yang dilakukannya pada hujung tahun lalu demi memastikan dirinya tidak kembali terjebak dengan najis dadah dan alkohol.

Kredit Foto: Glamour, The Sun