,
Laman Utama

Demi Lovato Dakwa Pernah Dirogol Ketika Remaja - "Mula-Mula Kami Hanya Melepak, Kemudiannya ..."

Amri Hassan
18/03/2021
15:25 MYT
Penyanyi Demi Lovato mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa rogol ketika bekerja di bawah sebuah saluran terkenal sewaktu usia remaja.
Pendedahan itu dibuat Lovato, 28, menerusi sebuah dokumentari Demi Lovato: Dancing with the Devil yang ditayangkan secara virtual di festival South by Southwest baru-baru ini.
"Kisah ini tentang diri saya bercerita kepada seseorang apabila ada yang melakukan perkara ini kepada saya dan mereka terlepas.
"Saya hanya berdiam diri kerana saya sentiasa ada sesuatu untuk diperkatakan tapi saya sudah penat," katanya menurut laporan Variety.
Dokumentari yang disiarkan menerusi saluran YouTube itu turut mengupas isu kehidupan peribadi Lovato tentang trauma, ketagihan dan kebangkitan semulanya.
Mengenai tuduhan rogol kata Lovato; "Kami pada mulanya hanya melepak-lepak dan saya katanya kepadanya ia (situasi) takkan pergi lebih jauh.
"Namun mereka tidak endahkannya, mereka melakukannya bagaimanapun. Dan saya menyalahkan diri saya sendiri kerana saya yang berdegil untuk ke bilik bersamanya."
Cara untuk mengatasi trauma itu kata Lovato melalui tabiat memuntahkan semula makanan atau lebih dikenali sebagai bulimia.
Dalam dokumentari tersebut, Lovato turut bercerita mengenai promise ring yang dipakainya selain Jonas Brothers.
Cincin itu sebagai tanda komitmen tiada hubungan seksual sebelum perkahwinan.
"Jadinya apa. Adakah saya perlu muncul ke khalayak ramai selepas saya memberitahu saya memakai promise ring?
"Enam bulan kemudian, adakah saya patut katakan saya sudah melakukan hubungan seks, sedangkan ia merupakan rogol?" tambah pelantun lagu Heart Attack itu lagi.
Selain itu, siri dokumentari itu menceritakan kemusnahan kehidupan dan karier Lovato pada tahun 2018 apabila ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya akibat pengambilan dadah berlebihan.
"Kata doktor saya hanya ada masa lima hingga 10 minit sahaja," ceritanya.
Selepas mengalami tiga kali strok dan serangan jantung, Lovato mengakui turut berdepan pasca kerosakan otak yang menyebabkan penglihatannya kabur hingga menyukarkannya untuk membaca dan memandu.
Demi Lovato: Dancing with the Devil akan ditayangkan di YouTube mulai 23 Mac 2021.
Sumber: BBC
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.