Hollywood
Demi Lovato Jual Rumah Agam...Tak Mahu Tinggal Selepas Ditemui Tak Sedarkan Diri
Penyanyi popular Hollywood, Demi Lovato dilaporkan menjual rumah agam miliknya yang terletak di Hollywood Hills, California, Amerika Syarikat.
Memetik laporan Daily Mail, kediaman mewah itu juga merupakan lokasi Demi ditemui tidak sedarkan diri ekoran insiden salah guna dadah pada sekitar Julai 2018.
Penyanyi lagu Heart Attack ini dipercayai berjaya menjual kediaman itu pada harga 8.25 juta USD (RM35.3 juta).
Difahamkan, rumah agam itu telah dibeli oleh anak lelaki kepada agen hartanah terkenal Wayne Jordan iaitu Sam Jordan.
Sumber juga mengatakan Demi tidak kembali ke rumah itu selepas insiden penyalahgunaan dadah dua tahun lalu dan hanya menyewakannya kepada orang lain.
"Demi tak pernah kembali ke rumah itu, dan pada masa yang sama, Demi juga berusaha keras untuk proses pemulihannya," kata sumber.
Untuk perkembangan terkini, Demi dilaporkan menjalani kehidupan yang lebih sihat dan positif bersama teman lelakinya, Max Ehrich.
Ada juga desas desus mengatakan mereka akan menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.
Sumber : Daily Mail
Must-Watch Video