HOLLYWOOD
Demi Lovato Tidak Percaya Sudah Sah Jadi Isteri Jordan Jutes Lutes
Penyanyi Demi Lovato selamat berkahwin dengan tunangnya, Jordan Jutes Lutes di California pada hujung minggu lalu.
Menerusi perkongsian di media sosial, Lovato mengaku masih tidak mempunyai kata-kata untuk diluahkan selepas sah menjadi isteru Lutes.
“Saya masih kehilangan kata-kata. Malam itu adalah malam terbaik untuk saya. Saya tidak percaya telah berkahwin dengan cinta hati saya,” tulisnya di Instagram.
Pada majlis yang dihadiri keluarga dan temannya, bintang Disney itu kelihatan menawan menyarung gaun daripada pereka busana kegemarannya, Vivenne Westwood.
Lovato, 34, berkahwin dengan Lutes selepas bertunang pada Disember 2024. Pasangan kekasih itu pertama kali bertemu di studio sewaktu merakam album Lovato, Holy Fvck pada 2022.
Februari tahun lalu Lovato meluahkan perasaan tidak sabar menjadi isteri Lutes.
“Tiga tahun yang indah dan saya tidak sabar mengahwini anda! Saya obses terhadap anda, kasih, sayang dan cinta anda. Saya tidak sabar memiliki keluarga bersama anda,” luahnya.
Must-Watch Video