Viral

Demi Penuhi Permintaan Sayur Kampung, Wanita Ini Tunggang Motor Ulang Alik Dari Changkat Jering Ke Cheras Setiap Sabtu Untuk Berniaga!

Gempak
19/02/2024
13:55 MYT
Kerana minat berniaga, seorang wanita nekad menempuh perjalanan jauh ratusan kilometer dengan menunggang motosikal dari Changkat Jering untuk menjual sayur kampung segar di Kuala Lumpur.
Siti Norol Salwani Ismail, 29, yang pernah bekerja sebagai penghantar makanan akan menunggang motosikal setiap Sabtu ke Bandar Sri Permaisuri, Cheras untuk menjual petai, pucuk paku, pucuk ubi, bayam brazil, nangka muda, durian belanda, jering dan ulam-ulaman.
Menurutnya, perancangan awal menjual sayur dan ulam-ulaman bermula pada Julai tahun lalu kerana merasakan ia akan mendapat permintaan tinggi.
"Idea menjual ini secara spontan apabila terbeli pucuk paku yang sudah tua, ulam-ulam tidak segar selain harga yang mahal.
"Saya teruskan perancangan berpindah ke Bukit Gantang dan berulang-alik setiap Sabtu untuk menjual sayur. Sayur-sayur ini dikutip sendiri dan beli daripada penduduk," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Norol berkata, jualan sayur-sayur kampung sangat laris dan dia memperoleh keuntungan sekitar RM300 sehari.
"Tidak kekok sebenarnya menunggang motosikal kerana hampir 10 tahun tinggal di Kuala Lumpur. Empat bulan berulang-alik dari Changkat Jering ke Kuala Lumpur.
"Sepanjang berniaga, ada yang menasihatkan untuk jual di kampung sahaja, tak berbaloi kerana jarak jauh dan sebagainya tetapi saya 'enjoy' berniaga sambil menyara kehidupan bersama anak," katanya.
Bagaimanapun, usaha wanita muda berasal dari Bachok, Kelantan itu untuk terus mencari rezeki di ibu kota terhenti pada November tahun lalu apabila jentera dua tayar jenis Honda Dash yang dibelinya sejak 2018 sering rosak.
Siti Norol Salwani yang baru mendirikan rumah tangga kali kedua Jumaat lalu, menerima galakan daripada suaminya, Hazimin Radzi, 34, untuk meneruskan minat berniaganya itu.
"Sekarang saya berniaga nasi kerabu dan laksam, kadang kala ada juga menerima tempahan. Usaha mengumpul deposit motosikal dilakukan sedikit demi sedikit bagi menggantikan motosikal lama.
"Saya mahu beli Yamaha LC secara ansuran. Dapat motosikal baru ini mungkin saya akan teruskan berniaga ulam-ulam di Kuala Lumpur seperti biasa," katanya.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sean Diddy Combs Disaman Kali Ke-9 Dari Bekas Pelakon Porno, Dipaksa Melacur

gempak
05/07/2024
11:55 MYT
Belum selesai pertuduhan seks terhadapnya yang menggemparkan dunia seni Hollywood, rapper Sean Diddy Combs kembali berdepan masalah baharu.
goldmovie

#Gold: Terpilih Jayakan Watak Rashid Sidek, Farid Kamil Akui Rasa Bangga - “Saya Sangat Bersyukur Apabila Dipilih”

gempak
05/07/2024
09:55 MYT
Pelakon, Farid Kamil menzahirkan rasa syukur setelah namanya dipilih memainkan watak sebagai Rashid Sidek menerusi filem Gold.
Hiburan

Didakwa Hidap Artritis, Sheila Majid Kesal Ada Pihak Reka Cerita Palsu Untuk Promote Produk - “Merepek!”

gempak
05/07/2024
08:42 MYT
Penyanyi Datuk Sheila Majid meluahkan rasa kesal di Instagram apabila terdapat laporan berita palsu yang mendakwa dirinya menghidap penyakit artritis.
Hiburan

“Sedih Bila Dengar Adik-Adik Industri Mengadu Ada Suara Kata Budak Teater Bukan Selebriti, Kenapa Nak Kena Bayar Mahal,” - Farah Ahmad

gempak
05/07/2024
07:55 MYT
Pelakon Farah Ahmad mendedahkan keseronokan berlakon dapat dirasai apabila dapat bermain rasa dengan rakan gandingan terutama yang mempunyai asas dalam teater dan lakon.
Viral

Pelajar Ini Cipta Lagu Rap Untuk Mudah Hafal Subjek Sejarah, Netizen Approved - “Kenapalah Adik Ni Tak Muncul Masa Kami SPM Dulu”

gempak
05/07/2024
06:55 MYT
Seorang pelajar lelaki menjadi tular selepas berkongsi cara kreatif untuk menghafal subjek Sejarah.