Laman Utama
Demi Tampung Perbelanjaan Di Luar Negara, Hafizh Syahrin Jual Basikal Dengan Harga RM42,000
Saya jual basikal bukan kerana sudah 'kering'.
Itu penjelasan pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin, 27, terhadap tindakannya menjual basikal kesayangan dengan harga RM42,000 kelmarin.
Pelumba berasal dari Ampang itu berkata, basikal yang dibeli dua tahun lalu jarang digunakan selain hasil daripada jualan itu boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan sepanjang tempoh berada di luar negara.
Advertisement
"Saya jual basikal bukan sebab tak ada duit cuma mahu menampung perbelanjaan lain. Lagi pun basikal terbabit kurang digunakan.
"Saya juga ada beberapa jenis basikal lain dan jika menjualnya boleh tampung perbelanjaan tiket penerbangan dan penginapan ketika menyertai kejohanan nanti," katanya.
Terdahulu, Hafizh menerusi laman Instagramnya mahu menjual basikal jenis Shiv TT dengan nilai pasaran dikatakan mencecah lebih RM70,000.
Basikal terbabit sering digunakan untuk beriadah terutama selepas berakhir musim perlumbaan di luar negara dan tanda harga jualan adalah RM42,000.
Sumber: Harian Metro
Must-Watch Video