Selepas beberapa minggu berada di tanah suci untuk menunaikan umrah, pelakon Emelda Rosmila kembali aktif di akaun Instagram miliknya.

Menurut Emelda tujuan dia mendiamkan diri dari media sosial sebelum ini adalah kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada ibadah tersebut.

“I’m back from social media detox! Fuhh! Away from everything, dengan harapan untuk khusyuk dalam ibadah umrah dan mendapat keredanNya.

“Alhamdulillah Mel sekeluarga telah selamat tiba di Kuala Lumpur, setelah 3minggu berada diperantauan, cewahh!” tulisnya.

Emelda berkongsi perkara tersebut di akaun IG miliknya.

Isteri kepada pelakon Adlin Aman Ramlie itu juga bersyukur kerana dia dapat menunaikan ibadah tersebut sekali lagi bersama keluarganya.

“Syukur Alhamdulillah sekali lagi dijemput menjadi tetamu Allah Swt, yang kali ini lebih bermakna kerana Edra ada bersama.

“Sembilan tahun yang lalu hanya bertiga, kali ini berempat melakukan ibadah umrah yang mudah-mudahan sempurna dan mabrur.

“Terima kasih kepada semua jemaah yang berkongsi detik-detik indah sepanjang ibadah umrah dan ziarah ketika kami di Madinah, Mekah dan Turkey,” katanya lagi.

Emelda dan Adlin sudah mendirikan rumah tangga lebih 10 tahun dan mempunyai seorang anak angkat lelaki Edra Rafael yang kini berusia lapan tahun.

Im back from social media detox! Fuhh! Away from everything, dgn harapan utk khusyuk dalam ibadah umrah dan mendapat keredhaNYA. Alhamdulillah Mel sekeluarga telah selamat tiba diKuala Lumpur, setelah 3minggu berada diperantauan, cewahh!? • Syukur Alhamdulillah sekali lagi dijemput menjadi tetamu Allah Swt, yg kali ini lebih bermakna kerana Edra ada bersama. 9 tahun yg lalu hanya bertiga, kali ini berempat melakukan ibadah umrah yg mudah2an sempurna dan mabrur. • Terima kasih kepada semua jemaah yg berkongsi detik2 indah sepanjang ibadah umrah dan ziarah ketika kami di Madinah & Mekah & Turkey, yg dikelolakan oleh @afanditravel, Dato Ustaz Zaki & Ustaz Afandi yg menjaga dan menyempurnakan segalanya begitu baik dan efficient. Pasti Mel sekeluarga akan merindui kalian. • Gambar nie waktu selesai tawaf umrah yg kedua.❤️

A post shared by E M E L D A R O S E (@emeldarosemila) on