Kemelut antara penyampai radio, Fizi Ali dan bekas isterinya, Shakilla Khoriri belum berkesudahan.

BERITA TRENDING: Fizi Ali Bawa Isu Anak Ke Mahkamah - "Larilah Jauh Mana Boleh Lari, Pusing Selagi Boleh Pusing"

Terbaharu, Fizi memuat naik hantaran berbaur sindiran di Instagram Stories, difahamkan ditujukan kepada bekas isterinya itu.

"Bapak dia kau elakkan jumpa. BF kau bawak jumpa. Siap pimpin tangan anak ehh.

"Tu kau claim single hidup sorang-sorang? Bullshit.

"Dari sebelum pisah kau tak pernah single lah perempuan. Ini sebenarnya kau nak kan?

"Konon-konon depan netizen kau acah-acah suci hidup seorang-seorang besarkan anak, pastu nafikan semua benda," tulis Fizi.

PILIHAN PEMBACA: Ada Sebab Saya Sekat Fizi Di WhatsApp" - Shakilla Khoriri

Fizi pada hantaran sama memberi bayangan seolah-olah keluarga wanita terbabit menerima kehadiran orang ketiga itu.

Malah, Fizi mengingatkan Shakilla tentang kifarah.

"Family dia siap terima penyondol tu.

"Kifarah ada, tak kena dekat diri sendiri nanti kena dekat ahli keluarga sendiri," tambahnya.



Sebelum ini, Fizi meluahkan rasa terkilan tidak dapat berjumpa anak tunggalnya ketika hari graduasi.

PILIHAN PEMBACA: Sedih Fizi Ali Datang Majlis Graduasi Anak Tapi Anaknya Tak Muncul-Muncul!

Dalam masa sama, menyatakan Shakilla Khoriri telah menyekat nombornya kerana sudah tidak boleh dihubungi.

Susulan itu, Fizi terpaksa membawa tuntutan hak penjagaan anak kepada mahkamah.

Terdahulu, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Shakilla pada 18 Februari 2018 namun bercerai dua tahun kemudian.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia, 4.

Kemudian, Fizi mengumumkan sudah menamatkan zaman duda dengan ibu tunggal anak satu yang juga ahli perniagaan, Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.

BERITA TRENDING: Wanita Fitnah Shakilla Khoriri Berzina Dengan Suami Orang Mohon Maaf - “Saya Tak Pernah…