gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Nam Ron Muncul Dalam Pementasan Teater ‘Persiapan Seorang Aktor’, Selongkar Kisah Pelakon Lelaki Obses Kesempurnaan
FILEM
Filem ‘Misteri Rumah Darah’ Kembali Hidupkan Trauma Lama, Adaptasi Rancangan TV Ikonik 2000-an
HIBURAN
Netizen Terhibur Tengok Akhyar Rashid Jadi MUA Eyka Farhana Dalam Flight - “Kenapa Aku Yang Senyum Sorang Ni?
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Dermawan Terkenal Maut Diserang Singa Ketika Buang Air Kecil

Gempak
Gempak
02/06/2025
18:55 MYT
Sponsor Banner
Dermawan Terkenal Maut Diserang Singa Ketika Buang Air Kecil
Bernd Kebbel, seorang ahli perniagaan Namibia dan dermawan terkenal yang menyokong pemuliharaan hidupan liar maut diserang singa betina ketika menyertai aktiviti safari, menurut Kementerian Pelancongan negara itu dan polis pada Sabtu.
Menurut Anadolu Ajansi (AA), Kebbel, 59, sedang berkhemah bersama isterinya, Conny, 57, dan rakan-rakan berhampiran Kem Hoanib Skeleton Coast di kawasan Sesfontein, Wilayah Kunene, Namibia, kira-kira 700 kilometer di utara ibu negara, Windhoek.
Ketika isterinya sedang tidur dalam khemah di atas bumbung kenderaan mereka, Kebbel dikatakan keluar untuk membuang air kecil sebelum diserang seekor singa betina, menurut laporan awal pegawai Kementerian Pelancongan dan pihak polis di lokasi kejadian.
"Kami mengesahkan bahawa Kebbel maut dalam insiden itu,” kata jurucakap Kementerian Alam Sekitar, Perhutanan dan Pelancongan, Ndeshipanda Hamunyela kepada media tempatan.
Dalam kenyataan berasingan, jurucakap polis Namibia, Immanuel Iiduwa, berkata satu kertas siasatan berkaitan konflik antara manusia dan hidupan liar telah dibuka susulan kejadian itu.
"Terdapat usaha berani daripada rakan-rakannya yang berjaya menghalau haiwan itu, namun segalanya sudah terlambat untuk menyelamatkannya daripada kecederaan parah di leher,” katanya.
Kebbel turut dikenali dalam kalangan penggiat pemuliharaan singa padang pasir.
Menurut beberapa laporan media, insiden itu menimbulkan persoalan mengenai interaksi antara manusia dan haiwan liar di kawasan terpencil Namibia, khususnya melibatkan spesies singa yang diadaptasi dengan habitat padang pasir dan kini diancam kepupusan.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Air
#Kecil
#Buang
#Serang
#Dermawan
#Singa
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement