Berita

"Desperate Ke Artis Lama Masuk Gegar Vaganza? Kecil Hati Saya" - Noraniza Idris

gempak
Rozaimi Zubaidi
09/10/2018
06:41 MYT
Sponsor Banner
"Desperate Ke Artis Lama Masuk Gegar Vaganza? Kecil Hati Saya" - Noraniza Idris
Penyanyi irama tradisional, Noraniza Idris mengakui berkecil hati apabila ada pihak yang menganggap artis lama terdesak untuk menyertai program Gegar Vaganza.
Menerusi entri di Instagram (IG), Noraniza mempertikaikan kenyataan dikeluarkan oleh seorang usahawan kosmetik berkaitan dengan gelaran ‘sendu’ yang diberikan kepada rakan artis seangkatannya.
"Apa ni? Gegar Vaganza untuk artis sendu naik balik. Astaghfirullah.
"Desperate ke artis lama masuk Gegar Vaganza? Kecik hati saya," tulisnya.
Rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Noraniza dan mereka mengharapkan agar orang ramai lebih menghormati artis lebih senior.
"@affanruah: Dulu ingat lagi beli cassette tape lagu singkong dan keju tahun 80an. Nak jadi penyanyi bukan senang. Tengok GV teringat lagu-lagi zaman silam. All the best to them,"
"@arill_norell: Statement dia salah setiap anak seni punya zaman kegemilangan yang tersendiri. Bahkan kita rindu persembahan pentas kak ani yang meriah dulu. Siapa cakap artis lama sendu tidak sama sekali cuma mungkin dengan lambakan bakat baru sekarang sedikit menghalang daripada mendapat liputan. Ibarat macam zaman kita dulu analog zaman budak muda sekarang digital. Artis dulu nak bina jenama sikit punya susah tak ada viral-viral macam sekarang nie budak sekarang nyanyi smule bagus terus terkenal.
"@fareza0306: Maaf, jujur saya sendiri tonton sebab rindu dengan artis dan lagu artis especially zaman GV. Kalau tanya saya tak kenal pun siapa artis sekarang."
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen Noraniza turut mengingatkan agar generasi baru agar sentiasa menghargai jasa-jasa yang pernah penyanyi lama lakukan pada industri.
"Saya adalah antara artis yang fightkan maruah artis lain. Persatuan artis kita kena jaga nilai-nilai murni ini. Kita tak boleh biar orang mendidik dengan perkataan yang tak baik pada artis yang pernah berjasa.
"Hidup ni ibarat pusingan roda. Artis baru menjadi tua dan lama. Dari awal lagi kena didik ayat menulis untnk mendidik pelapis kita menghargai artis-artis yang pernah berjasa dalam industri.
"Satu ketika dulu mereka juga adalah penyumbang ekonomi negara dalam indastri muzik di Malaysia. Hargai, jangan letak ayat yang seolah takda jiwa manusia yang prihatin," ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live