Penyanyi dangdut Dewi Perssik baru menjalani proses Lipolysis iaitu mengeluarkan lemak dalam badannya pada akhir April lalu.
Dia yang kini sudah kembali aktif mengaku terkejut melihat sekitar 3.5 liter lemak yang dikeluarkan daripada tubuhnya.
Dewi Perssik kemudian menegaskan dia bukan melakukan liposuction atau tummy tuck, namun rawatan Lipolysis yang dilakukannya lebih kepada mencairkan lemak yang sudah mula menjadi otot dalam badan.
“Banyak lemak di perut saya berjaya dikeluarkan. Bayangkanlah selain banyak, warnanya pun seperti minyak,” kata Dewi Perssik seperti dilaporkan InsertLive.
Menurut Dewi Perssik, dia melakukan proses yang memakan masa sekitar 4 jam itu bukan sahaja bagi memastikan bahagian perutnya kelihatan cantik tetapi juga demi kesihatan. Sementelah pembuangan lemak tersebut tidak akan mengubah bentuk tubuhnya.
“Kalau perempuan kan bahagian lemak selalu ada di sekeliling pinggul dan menjadikan perut tidak cantik. Jadi saya buang (lemak) yang itu,” katanya lagi.
Dia juga mengatakan rawatan yang dilakukan akan memberi kesan jangka panjang apabila usianya sudah melewati 40-an.
“Efeknya kalau tidak dibuang sekarang mungkin pada usia 45 dan ke atas ia berkait dengan kolestrol atau penyakit lainnya,” kata penyanyi itu.
Biar belum satu bulan menjalani rawatan tersebut, penyanyi berusia 36 tahun itu memberitahu dia sudah mula kembali bersenam.
Maliah Surip
Sun May 15 2022


Dah Putus Dengan Duda Anak Dua, Alya Iman Dedah Status Terkini - “Saya Single Tapi Tak Available..”
Fokus kerjaya.

Bekas Suami Nafi Hantar Samseng Pukul Lufya - "Kalau Nak Jumpa Anak, Saya Cakap Baik-Baik"
Netizen dakwa Che Hafiz terlibat dalam insiden Ahad lalu.

“Abang Ada Golden Touch Macam Papa…”- Sayu Luahan Syafiq Yusof, Netizen Mohon Jangan Give Up!
Hey filem Syafiq pun best lah.
_1.jpg?ext=.jpg)
"Saya Baca WhatsApp & DM IG Dia..." - Isteri Dedah Tegar Kerap Pinjam Duit, Hairan Padahal Cukup Makan Minum
Pelik juga kan

Kes Jangkitan Pernafasan Di Johor Meningkat Sebanyak 70.9 Peratus
Jaga diri semua

2 Bulan Kahwin, Alia Bhatt Umum Hamil
Tahniah Alia Bhatt & Ranbir Kapoor!

Drama The Maid 2 | Official Trailer
Setelah diceraikan oleh Jay, Suhana, Nadia dan Fika ekori bekas suami mereka ke sebuah resort dengan perancangan untuk bunuh Jay tetapi belum sempat mereka buat apa-apa, Jay telah pun mati! Saksikan drama bersiri THE MAID 2, Cinta Dirampas, Dendam Dibalas bermula 16 Julai jam 9.30 malam di Astro Ria. Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand. @sherry_alhadad @eina_azman @ezzatyabdullah @normanhakim_786 @marshamilan @kidkylo @iedamoin79 @aniqshr @yunarahim @seanlje @hazeeqdean Dapatkan #PekPrimary hanya RM59.99! Whatsapp “Nak Astro” ke 03-9543 3838 #DramaTheMaid2 #CintaDirampasDendamDibalas #GempakOriginalSeries #AstroRia

Selain Adi Putra, Beto & Fattah, Lakonan Kapten Syers Dalam Mat Kilau Tarik Perhatian - “Paling Sakit Hati Tengok Dia..”
Geram!

"Dia Pendekar Terpaling Sejati..." - Netizen Geram Penonton Pakai Tanjak Ganggu Tayangan Skrin Mat Kilau
Dah segak bertanjak, lain pula ceritanya

"Walau Usia Sudah Menjangkau, Semangat Kuda Masih Maintain" - Kembara Teruja Berkonsert 31 Julai Ini!
Terakhir, pada tahun 2014 kumpulan Kembara muncul dengan sebuah konsert di kota Kuala Lumpur.