Nusantara

'Di Matamu' Versi Korea; Ada Kata 'Daebak' Ada Yang Geli! Eh Dah Kenapa Pula?

gempak
Amri Hassan
11/10/2018
12:51 MYT
Sponsor Banner
'Di Matamu' Versi Korea; Ada Kata 'Daebak' Ada Yang Geli! Eh Dah Kenapa Pula?
Lagu viral milik Sufian Suhaimi, Di Matamu akhirnya diterjemahkan dan dinyanyikan semula dalam bahasa Korea.
Lagu itu dinyanyikan semula oleh Kumpulan Global Tour Idol (G.T.I) yang popular di Indonesia.
"Not bad juga Di Matamu versi Korea. Good job @official.gti. Korang nak cover Di Matamu bahasa apa pula selepas ini?," tulisnya.
Menerusi sepotong klip yang dikongsikan sendiri oleh pemilik lagu berkenaan, ramai yang memberikan pandangan masing-masing.
Ada yang memuji lagu Di Matamu versi bahasa Korea itu malah tidak terkecuali juga ada yang mengeji.
"Kenapa aku rasa geli dengar versi Korea ni walaupun aku minat Kpop eh? Pelik ni," tulis salah seorang pengguna menerusi ruangan komen Instagram Sufian.
"Kalau dengar rasa lain macam, nak gelak ada nak nangis ada," tambah pengguna lain.
Malah, ada juga netizen yang mahukan lagu itu dinyanyikan dalam bahasa Jawa, Tamil, Thailand dan Arab.
Apa kata anda sendiri dengar dan nilaikan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live