"Ajal dan maut di tangan Allah, jangan fikir tentang sakit, hiduplah seperti orang biasa," itu kata-kata rutin lima tahun yang diungkapkan suami Elyana, Khairul Anuar Hussin bagi memujuk hati isteri tercinta keluar daripada belenggu emosi.
Kata Khairul, di sebalik ketawa dan senyum Elyana, hanya dia yang tahu betapa luluh hati isterinya ketika dimaklumkan menghidap kanser limfoma tahap dua sekitar tahun 2012.
"Memang kami terkejut sebab Elyana baru sahaja melahirkan anak sulung kami namun doktor maklumkan kanser ini boleh dirawat.
"Tapi, bagi kami kanser tetap kanser!
"Emosi Elyana ketika itu betul-betul terjejas. Dia mahu buat comeback selepas bersalin, fikirkan tentang anak dan tambah pula ujian penyakit kanser yang tahu tiba-tiba.
"Dia rasa bercelaru sebab terlalu memikirkan perkara-perkara itu.
"Katanya, apa akan jadi pada Cinta Sumayyah kalau dia sudah tiada nanti?
"Memang, waktu itu saat paling sukar bagi kami dan rasa sangat down. Tugas saya sebagai ketua keluarga dan suami hanya mampu berdoa dan berada di samping isteri saya sepanjang masa," kongsi isi hati Khairul kepada Astro Gempak.
Baca: Akui Hidap Kanser Tahap 4, Elyana Buat Audiens GV 4 Terkejut!
Emosi Elyana lebih terumbang-ambing apabila memulakan proses rawatan kemoterapi.
Cerita Khairul, selepas enam kali membuat rawatan kemoterapi, dia merasakan ada harapan untuk Elyana pulih apabila sel kanser itu mulai mengecut namun derita Elyana pula tidak tertanggung.
"Saya paksa dia buat kemoterapi sebab kelenjar itu mulai mengecut dan ada progres. Selepas enam kali membuat kemoterapi, dia sudah tiada daya. Hari-hari tertekan dan sakit.
"Setiap kali mandi apabila melihat keadaan rambut bersepah-sepah, dia tambah tertekan dan akhirnya membuat keputusan untuk memberhentikan rawatan itu.
"Kecewa memang kecewa namun saya kasihankan isteri saya. Kami ikut kata hati dan memberhentikan rawatan kemoterapi untuk memberikan ruang dan masa kepada isteri saya," tambah Khairul.
Semangat Elyana kembali pulih. Namun, selepas kembali membuat rawatan pada awal tahun ini, doktor mengesahkan kanser limfoma dalam tubuh Elyana sudah berada di tahap empat!
Teruskan bersama Astro Gempak untuk kisah selanjutnya tentang semangat juang, usaha dan tawakkal Elyana menentang barah limfoma.
Teks oleh: Amri Hassan
Amri Hassan
Wed Nov 29 2017


All Stars Gegar Vaganza: “Apa Yang Kita Cakap Harus Hati-Hati Takut Berbalik Pada Diri Sendiri” - Aliff Aziz
Ada betulnya apa yang Aliff cakap tu kan.
CANTIK TAK? : Jaclyn Victor makeup dalam kereta pun tetap vass!
Jaclyn Victor memang makeup laju. Tapi tetap vass! So korang nak tau tips makeup dari Jalyn Victor, layan video ini sampai habis.
Kalau korang nak tengok artis-artis ni makeup cantik sambil membawang, dan share rahsia kecantikan masing masin, tonton video ni sampai habis!!!
Saksikan Gegar Vaganza 10, setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria atau STRIM di Astro GO
#CantikTak #allstarsgegarvaganza
Kalau korang nak tengok artis-artis ni makeup cantik sambil membawang, dan share rahsia kecantikan masing masin, tonton video ni sampai habis!!!
Saksikan Gegar Vaganza 10, setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria atau STRIM di Astro GO
#CantikTak #allstarsgegarvaganza

Maleeq Dragster Anak Malaysia Pertama Juara RCS Championship Series Japan
Tahniah Maleeq Dragster

“Exists Ini Saya Suka Lagunya, Namun Belum Pernah Jumpa Orangnya” - Pasha Ungu
Ungu mahu berkongsi pentas dengan Exists
.png?ext=.png)
Orang Muslim Tak Boleh Berada Di Tempat Sajikan Arak? Ini Jawapan Dr Zulkifli Al-Bakri!
Barulah faham...
.png?ext=.png)
Netizen Kritik Wanita Selfie Masa Sujud - “Hidup Berimamkan Media Sosial Macam Ni Lah”
Agama jangan dibuat main

Kekasih Pelawak Sule 18 Tahun Lebih Muda, Seusia Anaknya Rizky Febian
Sule langsung tidak takut untuk kembali bercinta

"Ya Allah Kejamnya Kau Wahai Ibu" - Bayi Perempuan Dibuang Di Sawah Padi, Netizen Tawar Diri Jadi Keluarga Angkat
Tergamaknya buat macam tu

#GMWA23: Gempak Most Wanted Awards 2023 Perkenal 3 Kategori Baharu!
Sudah boleh mengundi!

Ini Sebab Kenapa Elizabeth Tan Dah Lama Tak Menyanyi - “Saya Kerap Mengalami…”
Masalah anxiety punca Elizabeth Tan sudah lama tidak menyanyi