Laman Utama
“Dia Ada Hubungi Saya Pada Malam Kejadian…” - Rossa Mahu Nasib Lesti Kejora & Anak Terbela
Penyanyi Indonesia Datuk Seri Rossa berharap kesihatan fizikal dan mental Lesti Kejora dalam keadaan baik.
Malah, Rossa yang mengakui rapat dengan Lesti memberitahu wanita itu ada menghubunginya pada hari kejadian.
“Pada malam kejadian Lesti ada menghubungi saya dan terus saya kordinasi keluarganya kerana kami cukup dekat.
“Yang paling penting buat saya adalah Lesti dan anaknya sihat dan selamat. Baik fizikal atau pun mentalnya,” katanya.
Rossa berkata demikian, ketika diminta mengulas isu Keganasan Dalam Rumah Tangga (KDRT) membabitkan Lesti dan Rizky Billar yang kecoh di negara itu.
Dalam pada itu Rossa turut menegaskan, dia menolak semua jenis keganasan dalam rumah tangga tidak kira membabitkan siapa pun
“Mudah-mudahan tidak ada kejadian yang buruk lagi yang terjadi. Ya, mungkin Allah memberikan dugaan padanya.
“Yang paling pasti adalah say no untuk kekerasan apa-apa pun,” ujarnya.
Terdahulu, Lesti membuat laporan polis di bawah kes KDRT mendakwa Rizky memukul dan mengasari dirinya.
Dalam perkembangan lain, Rossa bakal mengadakan konsert berkenaan pada 5 November ini di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Must-Watch Video