Usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui adakalanya dia berasa tertekan dalam mendidik dan mengasuh anak sulungnya, Ammar Ahyan untuk menjadi seorang usahawan sepertinya.

Ini kerana, menurut Aliff, anak pertamanya yang akan mewarisi perniagaannya itu mempunyai perwatakan yang sedikit berbeza berbanding anak-anaknya yang lain.

"Ammar Ahyan adalah anak lelaki sulung saya, semestinya dia akan mewarisi apa yang saya buat sekarang ini.

"Penat sebab Ammar Ahyan seorang anak yang berbeza daripada anak yang lain...yang pemalu, yang terlalu sensitif, tidak suka bercakap, malu depan kamera.

"Kadang kala saya stres, dan saya tidak tahu bagaimanakah menjadikan dia seorang yang hebat," luahnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

Menurut Aliff, dia sedar ia bukanlah satu tugas yang mudah bagi seorang bapa untuk membentuk anak-anak mengikut acuan seperti yang dimahukan.

Biarpun begitu, kata Aliff, Ammar tetap merupakan seorang anak yang mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

"Apa-apa pun sekarang ini, saya cuba menjadi bapa yang terbaik untuk mendidik anak-anak saya menjadi seorang yang hebat.

"Doakan saya boleh mendidik Ammar Ahyan menjadi anak yang saya inginkan. Dia seorang yang baik sebenarnya. Seorang yang matang dan fasih berbahasa Inggeris," jelasnya.

Dugaan menjaga anak. . . Dulu waktu kecil-kecil saya tidak tahu apa perasaan menjadi bapa. Kenapa mak saya garang. Selalu marah saya, selalu pukul saya, kalau saya buat silap. . . Tetapi sekarang ni apabila umur saya 33 Tahun, saya baru tahu apakah perasaan menjadi seorang bapa apabila mahu tengok kejayaan anak menjadi seorang yang hebat di dunia dan juga di akhirat. . . @ammarahyan_terlajaklaris adalah anak lelaki sulung saya, semestinya dia akan mewarisi apa yang saya buat sekarang ini. Penat sebab Ammar Ahyan seorang anak yg berbeza dr anak yg lain.. yang pemalu, yang terlalu sensitif, tidak suka bercakap, malu depan camera. . . Kadang kala saya stress, dan saya tidak tahu bagaimanakah menjadi dia seorang yang hebat. Apa apa pun sekarang ini, saya cuba menjadi bapa yang terbaik untuk medidik anak anak saya menjadi seorang yang hebat. Doakan saya boleh mendidik Ammar Ahyan menjadi anak yang saya inginkan. Dia seorang yang baik sebenarnya. Seorang yang matang dan fasih berbahasa English.

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on


Kata Aliff lagi, selepas menjadi bapa, barulah dia sedar bahawa kenapa ibunya juga cukup tegas dalam mendidiknya sewaktu kecil dahulu.

"Dulu waktu kecil-kecil saya tidak tahu apa perasaan menjadi bapa. Kenapa mak saya garang. Selalu marah saya, selalu pukul saya, kalau saya buat silap.

"Tetapi sekarang ni apabila umur saya 33 Tahun, saya baru tahu apakah perasaan menjadi seorang bapa apabila mahu tengok kejayaan anak menjadi seorang yang hebat di dunia dan juga di akhirat," luahnya.



Aliff berkahwin dengan Datin Seri Shahida pada Ogos 2007.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudhah Arshiyah.

Saksikan program yang menampilkan Aliff Syukri di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!