Laman Utama

“Dia Belikan Saya Jam Mahal” - Elisya Sandha Tayang Hadiah Pemberian Suami, Netizen Puji Mereka Pasangan Sweet

gempak
Izwan Isa
09/06/2022
01:50 MYT
Sponsor Banner
“Dia Belikan Saya Jam Mahal” - Elisya Sandha Tayang Hadiah Pemberian Suami, Netizen Puji Mereka Pasangan Sweet
Baru-baru ini, pelakon Elisya Sandha mengumumkan yang dia dan suami, Uzair Haqimy bakal menimang cahaya mata perempuan menerusi kehamilan pertamanya.
Bahkan, selain Elisya, keluarga mentuanya, penerbit dan dramatis Sheila Rusly turut teruja berkongsi berita gembira berkenaan.
Pun begitu, kegembiraan yang mendakap jiwa Elisya dilihat terus mengalir laju dek kejutan yang diberikan oleh suaminya sempena dengan sambutan hari lahirnya semalam.
Kini berusia 23 tahun, Elisya menerusi Instagram memberitahu yang sang suami membawanya ke tempat pertama mereka dating ketika zaman persekolahan tidak berapa lama dahulu.
“After birthday dinner semalam, dia bawa pergi tempat kami selalu dating dulu zaman sekolah.
“Dia belikan saya jam tangan mahal… haih sayang I ni. Terima kasih suami untuk segalanya. I loven you,” tulis Elisya.
Menerusi ruangan komen, Uzair membalas: “I love you more sayang,” tulisnya.
Selain itu, Sheila Rusly turut meninggalkan respons yang berbunyi: “Haih Haq ni… bila nak belikan mama pulak?” soalnya bergurau.
Dalam masa yang sama, pengikut Elisya turut menzahirkan rasa gembira melihat kemanisan hidup berumah tangga pelakon itu dengan suaminya.
“So sweet, hah kantoi tempat dating dah.”
“Wow! Happy birthday, nice watch.”
“Awwww so cute! Happy birthday dear.”
Elisya Sandha mendirikan rumah tangga dengan anak Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy pada 21 Ogos tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live