Skip to main content

Selebriti

PU Riz Tampil Perjelas Isu ‘Refund’, Nafi Ada Libatkan Tiket Wayang - “Amat Memalukan Dakwaan Ini”

PU Riz Tampil Perjelas Isu ‘Refund’, Nafi Ada Libatkan Tiket Wayang - “Amat Memalukan Dakwaan Ini”

Sekilas

  • PU Riz menafikan dakwaan menawarkan pemulangan wang melalui tiket wayang dan menganggapnya sebagai fitnah tidak berasas.
  • Syarikat Nunha sedang memproses pemulangan wang dan tidak akan menyekat sebarang refund, dengan penukaran akad barangan hanya dilakukan atas persetujuan pembeli.
  • Acara keagamaan yang dianjurkan bersama Neelofa dibatalkan atas faktor kesihatan, bukan sebab lain seperti yang didakwa ramai.
Advertisement

 

Pendakwah Bebas, PU Riz tampil memberi penjelasan susulan dakwaan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya berhubung pembatalan acara keagamaan anjurannya bersama isteri, pelakon Neelofa.

Advertisement

Menerusi perkongsian di Threads, PU Riz menafikan dakwaan menawarkan pemulangan wang menerusi tiket wayang, malah dia menganggap dakwaan tersebut sebagai tidak berasas dan memalukan.

"Ini merupakan kenyataan rasmi saya dan pihak nunha. Pertama, saya sekerasnya menafikan tiada tiket wayang yang diganti. Amat memalukan dakwaan ini.

"Kedua, pihak syarikat Nunha mesti dan sedang membuat process refund. Kami tidak akan menyekat apa apa sahaja yang berbentuk sedemikian,"tulisnya.

Advertisement

Dalam pada itu, PU Riz turut menegaskan bahawa meskipun ada berlaku penukaran akad kepada barangan, namun perkara tersebut tetap dengan persetujuan pembeli.

Jika pembeli tidak bersetuju, maka segala proses pemulangan wang akan dilakukan serta-merta.

"Ketiga, benar ada persetujuan untuk tukar akad kepada Barangan tetapi itu 100% berdasarkan persetujuan pembeli. Sekirannya tidak setuju process refund akan terlaksana secara terus,"katanya lagi.

Dalam hantaran lain, PU Riz turut memaklumkan program tersebut terpaksa dibatalkan atas faktor masalah kesihatan dan bukanlah seperti yang diperkata ramai.

Sebelum ini, Neelofa dan PU Riz menerima kritikan ramai susulan pembatalan acara keagamaan anjuran mereka yang dijadualkan berlangsung esok di Rimbunan Forest City Golf Hotel, Johor.

Anda mungkin berminat dengan

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

( FREE PILLOW ) Dr. Macio SpinoRes King / Queen / Super Single / Single Mattress German Spring Coil + Coconut Fiber 10

( FREE PILLOW ) Dr. Macio SpinoRes King / Queen / Super Single / Single Mattress German Spring Coil + Coconut Fiber 10

Alph fury Boots Taktikal Classic shoes tactical boot kasut operasi. ki

Alph fury Boots Taktikal Classic shoes tactical boot kasut operasi. ki

ELGINI E16312 Seluar Kasual Wanita Potongan Longgar S-XXL | Women’s Loose-Fit Casual Pants

ELGINI E16312 Seluar Kasual Wanita Potongan Longgar S-XXL | Women’s Loose-Fit Casual Pants

Wool and Silk Warm Thermal Wear Set for Women Men Heat Tech Inner Wear Fleece Long John Autumn Winter Thermal Underwear Cashmere Top and Pants

Wool and Silk Warm Thermal Wear Set for Women Men Heat Tech Inner Wear Fleece Long John Autumn Winter Thermal Underwear Cashmere Top and Pants

adidas Tennis Pickleball Shoes Men White JQ0695

adidas Tennis Pickleball Shoes Men White JQ0695

Must Watch Video

Advertisement