Laman Utama

“Dia Boleh Terima Kerjaya Saya” - Azlee Khairi & Isteri Saling Memahami, Tak Ada Masalah Berlakon

gempak
Mya Amri
21/03/2022
00:45 MYT
Sponsor Banner
“Dia Boleh Terima Kerjaya Saya” - Azlee Khairi & Isteri Saling Memahami, Tak Ada Masalah Berlakon
Pelakon Azlee Khairi bersyukur dikurniakan seorang isteri yang sangat memahami kerjayanya.
Menurut Azlee, isterinya Nurul Hidayah sentiasa menjadi tulang belakang dan pembakar semangat buat dirinya untuk bekerja.
“Seorang isteri yang memahami dan dia boleh terima kerjaya saya. Sebenarnya saya tahu jadual dan cara bekerja kadang-kadang hingga lewat malam.
“Kalau orang yang tidak memahami, tidak boleh terima mungkin akan jadi isu dekat situ. Alhamdulillah isteri saya seorang yang sangat memahami.
“Kadang-kadang waktu bekerja itu lebih banyak berbanding dengan keluarga, sebab itu bila ada masa terluang dengan keluarga saya akan habiskan masa bersama dengan mereka,” katanya ketika ditemui Gempak
Mengulas mengenai keperibadian Nurul Hidayah selepas setahun mendirikan rumah tangga, Azlee menyatakan isterinya itu merupakan seorang ibu yang baik.
“Selama saya mengenali isteri, dia mempunyai ciri-ciri seorang wanita saya rasa antara yang terbaik.
“Sebab dia merupakan seorang ibu yang baik, boleh menjaga rumah tangga dan keselesaan kami ini bukan sahaja saling memahami tetapi mungkin juga lebih kepada telepati.
“Sebagai contoh kalau ada benda dia fikir, saya pun terfikir perkara yang sama. Kadang-kadang bila kami bercakap pun ada ayat yang tetap sama.
“Sebenarnya kami ada keserasian dan persefahaman di situ. Alhamdulillah seperti yang anda semua lihat pada majlis ini bukan sahaja hari bahagia untuk kami berdua sahaja tetap dengan kebahagiaan ini juga kami kongsi dengan semua orang.
“Syukur pada Allah… Ini pertama kali kami berkumpul semula bersama keluarga dalam majlis resepsi dan doakanlah yang terbaik untuk kami,” ujarnya.
Terdahulu, Azlee mendirikan rumah tangga bersama Nurul Hidayah yang juga merupakan kru penerbangan pada Januari tahun lalu.
Majlis pernikahannya dibuat atas talian dan hanya membabitkan ahli keluarga dan sanak-saudara.
Ini kerana Azlee menghormati pendirian isteri yang tidak mahu soal peribadi didedahkan.
Kredit foto: Instagram @azleekhairiofficial & @theputehproduction
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024