Berita
“Dia Buat Juga Walaupun Dalam Keadaan Dia Macam Tu”- Anak Solat, Zarina Zainuddin Terharu
Pelakon Zarina Zainuddin terharu apabila melihat kesungguhan anaknya, Muhammad Raizal Azrai, 23, yang berusaha untuk mendirikan solat walaupun dalam keadaan yang kurang sempurna.
Menurut Zarina, Muhammad Raizal atau Azal tetap mahu menunaikan solat walaupun dia terpaksa menggunakan kain sembahyang ibunya.
Sebagai ibu, Zarina berbangga dan berharap agar amal ibadah anaknya yang merupakan kembar autisme itu diterima Allah.
“Azal nak solat dia guna kain saya kain pelikatnya dah basah seluar panjang dah kotor..
“Dia buat juga walau pun dalam keadaan dia macam tu.. walau tak berapa betul solatnya..mudah-mudahan Allah terima amalanya kerana dia iklas mengadap yang Satu,” tulisnya.
Zarina berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut dia memuat naik video Azal yang sedang bersembahyang.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji kesungguhan Azal menunaikan solat.
Malah tidak kurang juga ada yang turut mendoakan agar urusan Zarina dan anaknya dipermudahkan.
Zarina mempunyai seorang lagi anak kembar autisme Muhammad Razil Azrai, 23.
Must-Watch Video