Individu yang terpalit dengan kes seorang pemandu wanita dalam satu perbalahan Selasa lalu dijangka memberikan keterangan kepada pihak polis hari ini.

Perkara itu disahkan oleh pemuda tersebut selepas dihubungi Gempak.

Menurut pemuda terbabit, wanita itu dikatakan telah membuat laporan polis berkaitan kes berkenaan.

“Wanita itu beritahu polis saya memandu dengan bahaya dan mengeluarkan kata-kata kesat.

“Petang ni saya akan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang untuk bagi keterangan,” katanya ringkas.

Untuk makluman, sejak kelmarin tular video memaparkan seorang wanita yang juga kakitangan Universiti Putra Malaysia (UPM) dipercayai membuat pusingan U secara melulu.

Lebih mengeruhkan keadaan, wanita terbabit mengamuk lalu mengeluarkan kata-kata kesat.

Dengan raut marah, dia turut mendoakan agar lelaki itu dijangkiti Covid-19.

Walaubagaimanapun, wanita terbabit yang dikenali dengan nama Dr. Bahariah Khalid tampil memohon maaf menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya, semalam.

"Jika saya salah, saya minta maaf. Jika saya betul, saya maafkan semua. Sebarkan positiviti,” katanya secara ringkas.

BACA: 'Confirm' Staf UPM! Pemandu Wanita Tular Maki Hamun Pemuda Tampil Mohon Maaf