Berita

"Dia Dah Bagi Petanda Cuma Tak Sedar" - Kawan Dedah Arwah Dah Tak 'Video Call' Atau 'Voice Call' Pada Waktu Malam

gempak
Zulaikha Yusof
29/05/2020
04:19 MYT
Sponsor Banner
"Dia Dah Bagi Petanda Cuma Tak Sedar" - Kawan Dedah Arwah Dah Tak 'Video Call' Atau 'Voice Call' Pada Waktu Malam
Kawan kepada salah seorang mangsa lemas tiga beradik, Muhammad Akram Adnan mendedahkan arwah sempat menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran pada 10 Mac lalu.
Akram merupakan kawan kepada arwah Khalif Naim Mohd yang merupakan pelajar di Sekolah Menengah Imtiyaz, Kuala Berang.
Ketika dihubungi Gempak, Akram berkata setiap malam arwah berusaha untuk menghabiskan sebelum cuti sekolah bermula.
"Alhamdulillah, sebelum cuti sekolah pada 10 Mac lalu arwah berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran.
"Saya nampak setiap malam dia berusaha untuk habiskan. Allah permudahkan urusan dia.
"Arwah adalah individu yang terakhir akan meninggalkan surau dekat asrama tu. Dia yang akan tutup suis lampu dan kipas," katanya.
Tambah Akram, arwah sudah mula tunjuk petanda apabila tidak lagi menghubungi kawan-kawannya pada waktu malam.
"Masa 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, arwah dah mula tidur awal untuk buat Qiamullail.
"Sebelum ni arwah seorang yang suka tidur lewat. Dia akan 'video call' atau 'voice call' dengan kawan-kawan dulu. Dia dah bagi petanda cuma kami tak sedar," katanya lagi. Dalam pada itu, Akram menyifatkan arwah seorang kawan yang baik sepanjang empat tahun tempoh perkenalan.
"Arwah memang seorang kawan yang baik dan suka bagi nasihat. Dia periang orangnya, dekat asrama tu dia la yang suka ceriakan semua orang.
"Tapi kalau dengan orang yang dia tak kenal, dia pemalu," katanya menutup perbualan.
Pada Rabu lalu, kegembiraan tiga beradik itu untuk bermandi-manda di Sungai Terengganu bertukar tragedi selepas kesemua mereka lemas.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 6 petang pada 4 Syawal di sungai yang terletak kira-kira 300 meter dari rumah mereka.
Tiga mangsa lemas berkenaan adalah Allahyarham Umar Iskandar Mohd, 21; Khairul Firdaus Mohd, 17, dan Khalif Naim Mohd, 16 yang merupakan anak keempat, keenam dan ketujuh dari lapan beradik.
Kesemua mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat.
Seterusnya, ketiga-tiga jenazah berkenaan disembahyangkan di kediaman mereka di Kampung Kuala Telemong kemudiannya disemadikan di Tanah Perkuburan Nering Kampung Rawai semalam.
BACA: “Saya Dah Hantar Hampir 40 Jenazah Ke Tanah Perkuburan, Tapi Kali Ini…” – Allahu Sebaknya, Besar Dugaan Bapa Ini
BACA: "Allahuakbar...Semoga Kuat Ya Pakcik" - Ilustrasi Bapa Mangsa Lemas 3 Beradik Ini Buat Ramai Sebak!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live