gaya hidup

Dia Dah Mula Buat Hal – Taktik ANTI VAKSIN Nak Sijil Palsu. Vaksin Dia Kata Haram, Menipu Halal Pula Ya?

Afiza Kamarulzaman
23/08/2021
08:30 MYT
Perkara ini sudah diramal akan berlaku dalam kalangan golongan anti vaksin apabila kerajaan mula memberi kelonggaran syarat SOP kepada mereka yang sudah menerima dua dos vaksin seperti boleh makan di restoren, menaiki kereta lebih dua orang dan sebagainya.
Menerusi hantaran di laman media sosial, ada beberapa klinik dan orang perseorangan yang berkongis perihal golongan anti vaksin yang berani meminta mereka memberikan sijil palsu pemvaksian sehingga ada yang sanggup bayar beribu ringgit untuk membolehkan mereka mendapatkan kelonggaran yang sama dengan individu yang sudah divaksin lengkap.
Terdahulu, Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, Datuk Dr Mohd Rushdan Mohd Noor dalam hantaran melalui laman Facebook, mendedahkan sijil vaksinasi COVID-19 dalam bentuk kad fizikal sudah dijual secara dalam talian.
Dr Mohd Rushdan turut menyiarkan tangkap layar penjualan kad fizikal dalam talian yang tertera sijil digital vaksinasi COVID-19 dicetak dan dijual pada harga RM15.
Sudah ada beberapa kes yang mula disiasat oleh pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) berkenaan penjualan sijil vaksin palsu tersebut. Orang ramai turut disarankan untuk membuat laporan sekiranya mempunyai maklumat berkenaan isu terbabit.
Sebagai individu yang sudah divaksin, jagalah sijil itu sebaiknya. Jangan mudah berkongsi maklumat peribadi kepada orang lain walah dengan orang terdekat. Jadilah rakyat yang bertanggungjawab demi keselamatan negara.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang menipu maka dia bukan daripada kalanganku.”
Rasulullah S.A.W juga bersabda yang maksudnya; “Aku mewasiaatkan kamu dengan taqwa kepada Allah, benar tutur kata, menunaikan amanah, menepati janji menyedekahkan makanan dan merendah diri.”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“25 Individu Termasuk Tiga Doktor Ditahan Kes Jual Sijil Vaksin Palsu” - Polis

gempak
11/02/2022
01:46 MYT
Alamak!
Laman Utama

"Nak Mati, Jangan Drag Orang Lain" - Rampasan 1,900 Sijil Vaksin Palsu Di Terengganu, Netizen Luah Rasa Kecewa!

gempak
10/01/2022
08:12 MYT
Harap semua dikenakan tindakan.
Laman Utama

Anti Vaksin Persoal Status Vaksinasi KJ, YB Tampil Tepis Spekulasi - “Mereka Lupa Saya Disuntik Secara Langsung Di TV”

gempak
06/01/2022
10:25 MYT
Mungkin KJ kena lampirkan bukti di MySejahtera.
Laman Utama

“I Said NO!”- Bukan Anti Vaksin Tapi Mila Jirin Tak Nak Anak Sertai Ujian Vaksin Covid-19

gempak
27/10/2021
04:39 MYT
Mila Jirin Tak Nak Anak Sertai Ujian Vaksin Covid-19
Laman Utama

"Pakat Ketaq Bi*i Ketaq Pe**aq Dengan Aku Yang Tak Vaksin Ni Pasai Apa?" - Rita Rudaini

gempak
06/10/2021
22:50 MYT
Ramai panas hati dengan Rita Rudaini...