Pengarah drama Shahrulezad Mohameddin menyifatkan situasi yang terjadi kepada usahawan selebriti Datin Vivy Yusof berpunca daripada kehidupan hariannya.
Jelas Shahrulezad, Vivy kelihatan terasing dalam masyarakat Melayu berbanding ikon wanita lain misalnya Datuk Seri Siti Nurhaliza.
"This is what happened to Vivy. Dia nampak macam tak relate dengan kita. Bukannya dia tak baik. It just apa yg dia buat sangat tak relatable dengan kita.
"Siti Nurhaliza pun kaya. Dia jugak ada banyak designer bag. Tapi Siti relate dengan kita. Budaya, bahasa, pergaulan sangat kita.
"Tapi tidak untuk Vivy. Dia sebenarnya nampak terasing sangat dengan target market dia sendiri. Buat challenge berbahasa Melayu dalam sehari adalah salah satu sebab dia nampak terasing.
"Itulah Vivy di mata sebilangan besar netizen Malaysia," tulisnya pada Jumaat.
Bersimpati dengan nasib yang menimpa Vivy, Shahrulezad menganalogikan beliau seperti 'budak Bangsar cuba bergaul dengan budak Felda'.
"Poor Vivy. She is so wrong in ever part of our life. Jadi serba tak kena dengab setiap apa yg keluar dari mulut dia.
"Dia jahat? Nope. Abam rasa dia baik orangnya. Cuma dia diibaratkan budak bangsar cuba berjinak jinak meletakkan diri di tengah tengah budak Felda. Ni ibaratnya saja yer. So semuanya jadi serba tak kena.
"Vivy mungkin tak akan dipandang seserong ini kalau dia lebih down to earth dan Melayu. Tapi nak salahkan dia seratus peratus pun tak boleh jugak sebab tengok sajalah cara dia dibesarkan macam mana. Dulang emas. Spoil brat org Kuala Kangsar kata," tambahnya.
Mengulas mengenai saranan orang ramai untuk menandatangani petisyen perletakan jawatan Vivy sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM, kata Shahrulezad dia mengambil pendekatan berkecuali.
"Ramai orang suruh abam sign petition dia letak jawatan sebagai one of Uitm board tapi abam refused to do so.
"Bukan sebab abam menyokong dia. Tapi abam lebih mengharap Vivy diberi peluang untuk mengubah sikap dan membuktikan peluang business yg diciptakan oleh ayah dia tidak dipersia siakan.
"Lagipun pun abam seboleh mungkin tak mahu menjadi segelintir netizen yang mudah menjatuhkan hukuman hanya atas sebab kita netizen so kita berkuasa!
"Dan kita sewenang sewenangnya melulu menggunakan kuasa kita tanpa sedikit pun ada ruang empati dalam diri. Hanya disebabkan terikut ikut dengan trend dan emosi.
"Tapi itu pendapat abam la. Pendapat korang lantak korang la. I respect that 100%. Cuma korang kena hati hati la sebab giliran korang kena kecam belum lagi tiba," ujarnya.
Beberapa hari lalu, pemilik syarikat perdagangan atas talian Fashion Valet itu dikecam netizen berikutan dakwaan mempertikaikan bantuan diberikan kerajaan kepada golongan B40 dan M40 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Vivy dituduh memandang rendah terhadap golongan berkenaan, malah didakwa mengeluarkan kenyataan golongan itu tidak menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara menerusi siaran langsung Facebook (FB) Live.
Tindakan itu menyebabkan Vivy dikecam hingga satu petisyen memintanya meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Universiti Teknologi MARA (UiTM) diwujudkan.
Terkesan kecaman hebat, usahawan itu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada golongan B40 dan M40 yang tersinggung dengan kenyataannya menerusi Instagram Live, kelmarin.
Amri Hassan
Fri Apr 03 2020
Madinah Dilanda Bah, Jalan & Sekolah Ditutup
Bahagian Utara Arab Saudi dilaporkan berdepan bencana alam teruk apabila dilanda bah akibat hujan lebat sejak Isnin. Menerusi laporan NewArab.com, Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NCM) menutup jalan raya dan sekolah selepas banjir kilat melanda wilayah Al-Ula dan Madina. Rakaman Sky News dan foto yang beredar di media sosial menyaksikan banyak
"Rasa Seperti Satu Penghinaan" - Riezman Khuzaimi Terkilan, Terima Tawaran Berlakon Serendah RM150 Sehari
Pelakon Riezman Khuzaimi turut terkesan apabila pernah menerima tawaran berlakon serendah RM150 sehari daripada produksi tempatan.
Hampir Mati! David Teo Dakwa Disihir Keluarga Terdekat - "Ustaz Kata Individu Itu Hantar Lintah Ke Dalam Badan"
Penerbit terkenal tanah air, David Teo mendakwa pernah disihir oleh ahli keluarga sendiri sehingga hampir meragut nyawanya. Menurut David, simptom-simptom dirinya disihir berlaku selepas menghadiri majlis pengebumian mendiang bapanya di Segamat, Johor, enam tahun lalu. "Dua minggu selepas balik dari Segamat, saya mula tak dapat tidur dan pening
Sheriff: “Selepas Lebih 10 Filem, Dapat Juga Merasa Trending” - Syafiq Yusof
Alhamdulillah, tahniah Syafiq.
Gaji Penjawat Awam Bakal Naik Lebih 13 Peratus, Tertinggi Dalam Sejarah!
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam sebanyak lebih 13 peratus bermula 1 Disember 2024. Menurut Anwar, kenaikan itu adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini. “Sejarah kenaikan paling tinggi sebelum ini, adalah 13 peratus dan tahun ini saya akan umum
Tampil Dengan Iklan Eksklusif Menerusi ‘Operasi Fizz’, Peminat Juga Berpeluang Jumpa Pelakon Filem ‘The Experts’ Di Sesi Jelajah
Tak sabar nak tengok filem The Experts!
18 Tahun Berehat, The A.C.A.B Kembali Bikin Showcase
Selepas 18 tahun kumpulan THE A.C.A.B kembali bertemu peminat dengan sebuah persembahan khas yang dinamakan THIS IS THE A.C.A.B. - INDIE NOSTALGIC SHOWCASE 2024.
Peguam Anggap Isu Sarah Yasmine Tak Perlu Dibawa Ke Pihak Berkuasa - “Kenapa Kita Nak Buang Masa Polis Malaysia?”
Isu Sarah Yasmine seakan-akan tidak surut apabila ada sahaja pihak yang ingin turut serta memberikan pandangan dan perhatian terhadap apa yang berlaku. Terbaharu, penerbit dan pelakon, Erma Fatima turut membuat kenyataan membidas Sarah terhadap tindakannya membuka ‘pekung’ artis-artis di Malaysia dan meminta supaya pihak berkuasa di negara ini me
Lelaki Kena Scam, Disuruh Datang Interview Di Singapura Semata-Mata Untuk Kena Reject - "Buang Masa, Duit, Usaha"
Hati siapa yang tak panas apabila temu duga untuk pekerjaan yang diinginkan tidak seperti apa yang dijanjikan. Berikutlah nasib seorang individu yang merasakan dirinya seakan-akan ditipu oleh sebuah syarikat yang memintanya untuk datang menghadiri temu duga secara fizikal dari Malaysia ke Singapura. Menerusi tangkap layar yang dikongsikan ke Pl
"Kenapa Kena Gaduh, Berlumba Buka Aib Sama Sendiri?" - Thalia Baiduri Pesan Wanita Jaga Darjat, Jangan Dibutakan Cinta
Usahawan selebriti Datin Thalia Baiduri berpesan buat semua wanita agar menjaga darjat dan nilai diri masing-masing serta jangan bergaduh hanya disebabkan seekor 'buaya'.