Penyanyi dan pelakon Sasha Saidin mengakui kini sedang menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki berstatus duda yang dikenali sebagai Mr W.
Menurut Sasha, dia sudah mengenali lelaki tersebut namun hubungan mereka mula rapat sejak beberapa bulan lalu.
"Selepas sembilan tahun bergelar ibu tunggal saya rasa dia merupakan seorang lelaki yang terbaik dan berbeza dengan lelaki yang saya pernah kenali sebelum ini.
"Dia merupakan seorang lelaki yang jujur dan mengambil berat. Saya boleh katakan dia sangat istimewa buat saya.
"Secara jujurnya, saya selesa apabila dapat berkongsi cerita dengan dia walaupun kami menjalinkan hubungan jarak jauh," katanya kepada Gempak.
Sasha berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Pedas Chick Yun Challenge yang berlangsung di Paradigm Mall, Petaling Jaya, pada Ahad.
Tambah Sasha, dia bersedia untuk kembali bergelar seorang isteri namun buat masa sekarang mereka masih belum mempunyai rancangan ke arah itu.
"Buat masa sekarang kami masih berkawan rapat dan jika ditanya saya akui sudah bersedia untuk kembali semula bergelar seorang isteri.
"Namun, saya mahukan sebuah majlis yang sangat ringkat dan tidak mahu membazir," ujarnya lagi.
Sebelum ini, Sasha pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner pada 2003 namun bercerai pada 2007.
Untuk perkahwinan kedua Sasha pernah berkahwin dengan Salyo Prinyanto yang merupakan warga Indonesia, pada tahun 2007 sebelum bercerai pada 10 Julai 2012.