Laman Utama
“Dia Masih Buat Kesalahan Sama, Tipu… Curang,” - Isteri Caprice Kongsi Tips ‘Move On’ Dengan Mudah
Pernah melalui fasa perceraian, isteri kepada penyanyi rap Caprice iaitu Farra Inalis menerima pertanyaan daripada netizen mengenai cara dia ‘move on’.
Bagi Farra, meneruskan kehidupan selepas melalui fasa sukar itu sangatlah mudah apabila sudah menyedari hubungan tersebut tidak lagi dapat diselamatkan.
“Saya tak faham kenapa ramai sangat yang tak boleh nak move on dengan sesuatu relationship. Berdasarkan pengalaman saya, move on ini sebenarnya sangat senang.
“Tak susah pun… awak memang dah bersedia dan sedar bahawanya hubungan itu tak dapat diselamatkan.
“Bila awak dah cuba sehabis baik untuk jadi terbaik, untuk berubah tapi bertepuk sebelah tangan, tak ada apa-apa respon daripada pihak sana
“Dia masih buat kesalahan yang sama, masih tipu, curang dan apa saja. Bagi saya, dia tidak layak untuk hidup dengan kita,” kongsi Farra menerusi Instastory miliknya.
Untuk info, Farra atau mesra disapa sebagai Elis pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Aleesya Sofia.
Pada November tahun lalu, Farra yang berasal dari Kelantan berkahwin dengan Caprice secara senyap-senyap tanpa sebarang hebahan media.
Berkongsi lagi mengenai pengalaman tersebut, Farra mengakui dia berasa gembira dengan kehidupannya kini malah enggan menoleh ke belakang.
“Saya puas hati dengan apa yang saya buat. Jadi, tak apa nak perlu disesali. Itulah cara pemikiran saya. Saya puas hati, tak pandang belakang dah.
“Dalam hidup ini, jangan terlalu bergantung kepada manusia. Manusia ini boleh hancur kita macam ini saja. Apa yang penting, fokus diri kita dan upgrade diri kita, ilmu dan segala benda pada diri kta.
“Supaya orang itu takut kehilangan kita dan rugi tak ada kita dengan dia,” katanya lagi.
Must-Watch Video