HIBURAN
“Dia Memang Suka Fame…” - Saidah Kamarudin Serahkan Isu Akaun TikTok Digodam Bekas Tunang Kepada Pihak Berkuasa
Pelakon, Saidah Kamarudin mengambil keputusan untuk menyerahkan isu menggodam akaun TikTok miliknya oleh bekas tunangnya kepada pihak berkuasa bagi tindakan selanjutnya.
Menurut Saidah atau nama penuhnya Nur Saidah Kamaruddin, 28, dia enggan memberi perhatian kepada individu terbabit yang cuba mencari perhatian.
“Saya tidak mahu beri dia perhatian sebab dia memang suka fame yang sementara ini. Banyak saja yang saya boleh buktikan tapi memilih untuk tidak berbuat demikian. Awak mula dulu dengan menggodam akaun Tiktok saya, awak komen bukan-bukan dan tengok cara menaip pun tahu itu awak.
“Kalau awak tak buat saya akan berdiam saja. Saya dah berikan kenyataan pada pihak polis dan biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet menyuarakan sokongan terhadap Saidah dan berharap dia terus tabah menghadapi ujian ini.
“Aduh risauuuuuu ekk semoga dijauhhkan la dgn perkara bukan bukan.
“Stay strong, girls.
“Jaga diri u weh.
“You deserve better, pretty girl.
“Sounds like npd. May Allah protect you from this kind of person,” komen netizen.
Terdahulu, Saidah Kamaruddin meluahkan rasa marah apabila mendakwa bekas tunangnya telah menggodam akaun TikTok miliknya.
Menerusi perkongsian video di TikTok, Saidah berkata tahap kesabarannya semakin menipis apabila bekas tunang tersebut turut didakwa menghantar mesej peribadi kepada rakan-rakannya.
Sekadar info, Saidah pernah mengikat tali pertunangan dengan aktor, Muntazar Ghufran pada Mei tahun lalu.
Namun, ikatan pertunangan tersebut terlerai apabila Muntazar mengesahkan mereka sudah putus tunang pada Oktober tahun sama.
Must-Watch Video