Laman Utama

"Dia Pendekar Terpaling Sejati..." - Netizen Geram Penonton Pakai Tanjak Ganggu Tayangan Skrin Mat Kilau

Shahrin Zulkifle
28/06/2022
12:50 MYT
Menerima respon yang sangat membanggakan, filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan di terima baik semua lapisan masyarakat seterusnya menjadi filem melayu paling epik sejak pembukaanya.
Kerana terlalu teruja dan ingin menonjolkan semangat kemelayuan dalam diri, ramai diantara penonton yang hadir ke panggung dengan berpakain tradisional melayu, si gadis berbaju kurung dan berselendang manakala si teruna berbaju Melayu lengkap bertanjak.
Namun, siapa sangka trend memakai tanjak yang pada mulanya untuk memberikan sokongan kepada filem ini menjadi perdebatan wargamaya kerana menghalang pandangan orang di belakang untuk menonton.
Isu tersebut menjadi perbualan wargamaya selepas seoarang pengguna platform facebook, Syafiq Hassan memuat naik sekeping gambar menunjukkan situasi itu benar berlaku.
“Nak tengok wayang dengan memakai busana Melayu tak salah, tapi dah duduk tu tanggal tanjak.
“Naya orang belakang tak nampak…” tulis individu itu pada kapsyen.
Hantaran tersebut telah dibanjiri komen wargamaya
“Sekarang ni kepala dia pun dah nak tutup skrin tu, tambah lagi dengan tanjak, mohon tanggalkan tanjak.
“Dialah pendekar terpaling sejati.
“Tanjak tu bukak sekejap masa tengok wayang, orang lain pun nak tengok.
“Benda boleh tegur nak juga viral.
“Tegur jela aduhai, kenapa tak panggil staff?” antara komen wargamaya.
Sekadar info, filem arahan pengarah hebat Syamsul Yusof merupakan filem melayu terpantas meraih 12 juta dalam masa empat hari tayangan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video