Berita
“Dia Percaya Dia Hebat Walaupun Dia OKU...”- Mimy Fly Bangga Dengan Ibunya
Penyanyi Mimi Fly akui bangga dengan semangat yang ada pada ibunya walaupun merupakan Orang Kurang Upaya (OKU).
Mimi berkata semangat yang ada pada ibunya menyebabkannya tidak mampu memberi alasan untuk berjaya dalam hidup.
“Kalau korang korang jumpa saya depan-depan pun korang akan rasa saya mcm tinggi mengalahkan supermodel. Padahal saya 171cm je pun. Tinggi sket je dari average height asian women kan...
“Tengok gambar ni betol2....korang rasa kenapa saya “nampak” tinggi... Kaki mama saya pun mama saya bagi kat saya. Saya ni harapan dia untuk melangkah lebih jauh. Capai yang lebih tinggi.
“Dia cakap kalau dia percaya dia lebih hebat biarpun dia OKU. Apa alasan saya kalau saya tak sehebat dia....?
“Jangan takut untuk menjadi diri sendiri. Perjalanan kita semua berbeza. Kita tak sama yang penting sama-sama seiringan. Macam ni.
“This is my mama. Tempat dia di hati saya adalah yang teratas,” tulisnya.
Mimi berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi entri tersebut dia juga turut memuat naik foto ibunya yang berkerusi roda.
Rata-rata bangga dengan ibunya dan memuji Mimi sebagai seorang anak yang baik.
Must-Watch Video